1
BIKA AMBON PANDAN

Tak ada angin tak ada ribut , tup tup terbuat juga kuih ini untuk minumn petang gara-gara terlihat Aznie Khasri up resipi bika ambon yang menjadi cantik
Walaupun yang saya buat ni parasnya tak ayu kasar macam sarang kerengga tapi dari segi rasa ayu sangat...
Manis secukup rasa , lembut , kenyal-kenyal & wangi aroma pandan


Gambar je yang tinggal , kuihnya dah habis
Tak apa lah nanti cuba lagi , kena perbaiki sampai jadi bersarang halus macam sarang semut
Sementara tu park dulu resipi kat sini


BIKA AMBON PANDAN
by IzaAkma SSK


BAHAN A :
  • 450 ml Santan
  • 1 helai Daun Pandan
  • 1 batang Serai
  • 3 helai Daun Limau Purut

    - Masak hingga mendidih dengan menggunakan api sederhana
    - Sentiasa dikacau supaya tak pecah santan
    - Sejukkan
    - Sukatkan santan 400ml untuk dicampurkan ke dalam adunan
BAHAN B :
  • 200 gm Tepung Ubi
  • 100 gm Tepung Gandum
  • 200 gm Gula Pasir
  • 4 biji Telur A , pukul sikit sebatikan
  • Pandan Paste & Pewarna Hijau  (asal pewarna kuning dimasak sekali bersama bahan A)
BAHAN C :
  • 100 ml Air Suam
  • 1 sdb Gula Pasir
  • 1 bungkus @ 11 gm Yis Mauripan

    - Campur semua bahan C
    - Biarkan selama 10 minit hingga berbuih
BAHAN D :
  • 2 sdb Butter @ Marjerin , cairkan & sejukkan



CARA PENYEDIAAN :
❀  Campurkan tepung ubi , tepung gandum , gula , bahan A juga bahan C
❀  Kacau sebati
❀  Masukkan telur , pandan paste , pewarna hijau & kacau lagi hingga sebati
❀  Perap selama 1 jam
❀  Masukkan pula butter cair ke dalam adunan , gaul hingga rata
❀  Panaskan oven pada suhu 250'C api bawah selama 10 minit
❀  Panaskan loyang yang telah disapu dengan butter di dasar loyang.. bahagian tepi tak payah sapu
❀  Pastikan loyang betul-betul panas sebelum adunan dituangkan ke dalam loyang
❀  Bakar di rak paling bawah
❀  Bila loyang dah betul-betul panas masukkan adunan tepung ke dalam loyang
❀  Bakar selama 40 minit apa bawah sahaja dengan pintu oven tidak ditutup rapat.. sendal la dengan apa-apa
❀  Bila dah nampak permukaan kuih sudah sedikit kering , tukarkan pula api atas sahaja
❀  Bakar sekejap je ye nak bagi permukaan kuih perang sikit.. masa ni pintu oven boleh ditutup
❀  Siap.. sejukkan dahulu sebelum dihidang




1 sweet comments:

HomeKreation said...

Wah... sedap ni... kalau nak beli takda... kena buat lah kalau nak rasa...