1
NASI MINYAK UTARA , DAGING NEGRO & ACAR TIMUN


Menu iftar hari ke-2 ramadan semalam...
Nasi Minyak Utara , Acar Timun dan paling special adalah Daging Negro.

Nasi minyak ni masuk kali ketiga buat. Ketiga-tiganya menjadi sedap sekali dan tak pernah meragam even pertama kali buat terus jadi. Cuma yang ini saya tambah daun pudina sebab nak perabiskan baki yang ada lepas guna masak kurma ayam hari tu.

Rasa nasi ringan , tak muak dan tak berat macam nasi berperisa lain. Bagi melengkapkan hidangan , ada tiga jenis acar bermain di fikiran... last-last masa pun dah suntuk acar timun je yang sempat. Tu pun tak complete... timun , cili dengan bawang je nenas takde. Apapun hidangan tetap memikat selera. Macam makan nasi minyak kat kenduri pula rasanya... hihi

NASI MINYAK UTARA
by House of SSK
source : Eny Abdullah

BAHAN A :
  • 4 cwn Beras
  • 1 1/2 cwn Susu Cair
  • 1/4 cwn Minyak
  • 4 sdb Minyak Sapi
  • 4 cwn Air  |  ikut beras yang digunakan
  • 2 biji Tomato  |  kisar tanpa air , kalau kisar dgn air gunakan air yang disukat untuk beras
  • 2 helai Daun Pandan  |  disimpul
  • 2 sdt Garam
  • Daun Pudina*
BAHAN B  (rempah tumis) :
  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • 2 kuntum Bunga Lawang
  • 3 biji Buah Pelaga
  • 5 kuntum Bunga Cengkih
BAHAN C  (kisar) :
  • 1 labu Bawang Besar
  • 1 inci Halia
  • 3 ulas Bawang Putih

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan minyak dan minyak sapi
❀  Tumis Bahan (B) dan Bahan (C) bersama daun pandan hingga wangi
❀  Masuk tomato kisar , tumis lagi hingga wangi dan pecah minyak
❀  Masuk air , susu cair , garam dan *daun pudina , biarkan mendidih
❀  Masuk beras dan masak nasi seperti biasa sehingga kering




Pas citer nasi minyak kita ke story yang ni pula. Inilah rahsia yang saya war-warkan semalam. Hitam-hitam si tampuk manggis , biarpun hitam ku pandang manis... hahaha

Sekali pandang serupa daging masak hitam betui dak. Jangan silap mata memandang naa... bukan daging masak hitam ka daging masak ceylon ka. Bahan-bahan memang tak sama langsung macam masak hitam. Dah bahan tak sama... rasa dia lagi lah tak sama. Hangpa google la cari tang mana pun... memang tak kan jumpa aiihh


Mempraktikkan ilmu yang dipelajari dan menggunapakai tips yang diberi , berjaya sudah menghasilkan menu istimewa dengan nama komersialnya Daging Negro. Di dalamnya tersembunyi 1001 Secret Ingredients hingga menjadikan ia satu sajian yang sungguh enak dan lazat. Apakah rahsia itu? Semuanya dapat dibongkar dengan menyertai PJJ Online Class oleh Chef Azahari Abdullah @ Chef 'E


Gandingan mantap Daging Negro dengan Nasi Minyak... atau dengan ketupat /nasi impit pun boleh sangat. TQ Chef... so far semua resipi atas bimbingan chef , superb and marvellous!




1 sweet comments:

Fadzillah said...

Tengok je pun dah tahu memang sedap, boleh dicuba nanti.