1
RAHSIA BUBUR JAGUNG SEDAP & MEE BANDUNG MUAR


Iftar hari ke-3... Bubur Jagung

Ada jagung , ada keledek... bagi meriah sikit warna warna. Power habis rasa dia... dengan pekatnya , likat , lemak berkrim semua perfect. Rupanya ada 'rahsia' macam mana nak dapatkan rasa bubur yang sedap. Sebelum ni ada juga terbaca di google lagu mana nak bagi bubur pekat sedap. Dan pernah cuba ikut macam dibaca... tapi masih tak dapat rasa yang betul betul kick.

Selepas didedahkan rahsianya oleh Chef Azahari Abdullah dalam Fb milik beliau , dan setelah saya cuba sendiri barulah dapat rahsia yang sebenar-benarnya. Dan sekarang inilah resipi bubur jagung paling killer pernah saya rasa. Tq banyak-banyak chef...

Bahan yang saya guna dalam resipi di bawah sama macam chef cuma kuantiti saya sendiri berdasar apa yang dah saya cuba... sebab chef buat seperiuk besar 5 tongkol jagung. Alhamdulillah... bubur jagung yang terlajak sedapp. Rahsianya terletak pada 3 bahan. Apa 3 bahan tu ye... jom semak...

BUBUR JAGUNG SEDAP
by House of SSK

BAHAN A :
  • 3 tongkol Jagung Manis  |  hiris isi
  • 1 biji Keledek Ungu  |  potong dadu besar
  • 1 biji Keledek Oren  |  potong dadu besar
  • 100 gm Sagu  |  direndam dulu
  • 1 cwn Santan Segar Pekat 
  • 1 cwn Susu Cair
  • 1/2 cwn Susu Pekat
  • 1/3 keping Gula Melaka  /  secukupnya
  • 1 helai Daun Pandan  |  disimpul
  • Sedikit Garam 
  • Air secukupnya

CARA PENYEDIAAN :
❀  Rebus keledek  (tambah secubit garam) sehingga lembut , toskan dan buang air rebusan
❀  Didihkan secukupnya air dalam periuk
❀  Masuk sagu , biar kembang... kacau sekali sekala
❀  Masuk jagung , biar masak... kacau sekali sekala
❀  Masuk keledek dan daun pandan , biar didih
❀  Sementara itu satukan santan segar , susu cair  &  susu pekat , kacau dan masukkan ke dalam periuk... kacau rata
❀  Masuk gula melaka , kawal api dan tunggu sehingga mendidih
❀  Masuk garam secukup rasa untuk menaikkan rasa lemak
❀  Siap

makan sejuk-sejuk pun sedap...
sampai hari ni terasa-rasa lagi lemak manis sedapnya bubur ni...




Iftar hari ke-4... Mee Bandung Muar


Ada banyak hal kena uruskan semalam. Dalam kelam kabut tu dapat juga siapkan mee bandung untuk berbuka. Ada banyak step penyediaan... daripada membuat paste , merebus itu ini ... sampailah memasakkan kuah. Lama dah screenshot resipi yang sumbernya daripada google. Rasa dia ok... sedap. Cuma rasanya tu seperti ada 'hilang' sesuatu. Banyak kali tengok balik resipi kot ada tertinggal bahan ka step... takde pun... semua follow exactly... ye lah first time buat kan.

Atas sebab itu tak dapat saya kongsikan resipinya di sini. Ada kelapangan saya akan test lagi... tambah atau ubah apa yang patut





1 sweet comments:

Fadzillah said...

Nampak sedap bubur jagung tu. Nanti saya cuba resepinya ya...