FRUIT PASTRY CAKE
Mencuba Fruit Pastry Cake yang tengah hot masa kini. Kek ni sebenarnya pernah popular di kalangan bloggers sikit masa dulu. Lepas lama senyap tup tup meledak semula dan terus menjadi viral di facebook. Buka buka saja fb, pasti kek 'mewah' ni saja yang lalu lalang. Kalau sekali dua lalu tak apa , ambe boleh pejam mata... tapi nih hari hari dok lalu tak terpejam dah mata ambe ni... tergoda juga hehe.
Teringin juga nak try sedap ke sampai boleh jadi hot macam tu. Buah blueberi dah ada... tinggal cari strawberi dengan peach aje. Bersemangat ke Tesco ingat nak petik strawberi kat situ. Sampai je situ... sebiji strawberi pun tak ada... dah habis dipetik orang. Aduuhhai... hebat betul penangan kek ni sampai boleh habis strawberi... kalau tak , sentiasa ada je kat situ. Gerak pula ke tempat lain... pun tak ada. Sampai ke Putrajaya mencari... sama juga kehabisan. Last ambil kiwi... itu saja pilihan yang ada.
Sibuk mencari strawberi sampai lupa lemon. Jadi saya skip parutan kulit lemon. Macam tu juga buttermilk , ada limau kasturi dalam fridge... so saya guna jus limau kasturi menggantikan lemon. Kalau tak ada limau kasturi , limau nipis pun boleh juga. Buat kek ni tak susah... tak payah mixer pun... just masukkan semua bahan dalam 1 bekas , gaul gaul dan bakar.
Alhamdulillah... walau rupa tak cun tapi sedap , sangat moistt dan tak berapa manis. Semalam buat ada balance lagi sikit... pagi tadi makan sepotong , yesss lagi sedapp rasanya... :)
FRUIT PASTRY CAKE
by House of SSKsource : Danish Harraz
BAHAN-BAHAN :
- 226 gm Tepung Naik Sendiri
- 160 gm Gula Kastor
- 150 gm Salted Butter | dicairkan , biarkan sedikit sejuk
- 3 biji Telur (A)
- 100 ml Buttermilk / Sourcream (Danish guna homemade Buttermilk , caranya ada disertakan di bawah)
- 1 sdt Vanila Extract
- 1 biji Lemon | diparut kulit (pastikan parut kulit kuning sahaja , nanti pahit)
- 500 gm Buah-Buah Fresh yang kurang berair atau jika guna yang dalam tin keringkan sedikit buah-buah itu sebelum digunakan , dihiris dan gaul dengan 2 sdb Gula Kastor
CARA PENYEDIAAN :
❀ Panaskan oven pada suhu 160C.
❀ Gris baking tray saiz 9"sq dengan butter dan alas dengan parchment paper. Jika guna loyang kecil kek akan jadi tebal , tak cantik
❀ Dalam bekas , masukkan tepung naik sendiri , gula , melted butter , telur , parutan kulit lemon , buttermilk dan vanila.
❀ Kaupbalik menggunakan senduk kayu sehingga rata dan sebati , jangan overmix nanti kek tak moist
❀ Kemudian tuangkan ke dalam baking tray , ratakan permukaan adunan kek

❀ Akhir sekali , ambil buah yang telah dipotong dan gaul bersama gula halus dan terus susun semua buah tadi atas adunan tapi jangan ditekan ya , nanti senang tenggelam
❀ Dah siap , masukkan dalam oven dan bakar selama 40 -50 minit , bergantung pada oven atau hingga kek masak. Tapi jangan terlebih bakar kerana kek akan jadi kering
❀ Sejukkan di atas cooling rak
❀ Jika suka , sprinkle dengan gula aising sebelum dihidangkan
CARA PENYEDIAAN HOMEMADE BUTTERMILK untuk kek ini :
❀ Masukkan 1 sudu besar lemon jus ke dalam measuring cup
❀ Tuang fresh milk hingga bancuhan cukup 100 ml , kacau rata
❀ Biarkan selama 5 -10 minit sebelum digunakan
❀ Masukkan 1 sudu besar lemon jus ke dalam measuring cup
❀ Tuang fresh milk hingga bancuhan cukup 100 ml , kacau rata
❀ Biarkan selama 5 -10 minit sebelum digunakan
NOTA PENTING :
- kek akan lagi sedap selepas semalaman
- untuk menyimpan , simpan dalam bekas kedap udara pada suhu bilik untuk kekalkan kelembapannya
- oleh kerana mengandungi buah-buahan terutama jika gunakan buah dalam tin , ianya akan bertahan hanya lebih kurang 2 hari

Catatan HoSSK :
# bakar selama 40 minit suhu 160C api atas dan bawah tanpa kipas
# ayakkan snow powder waktu menghidang
# untuk warna ceria , tabur ceri merah
# skip parutan kulit lemon coz takde
# untuk buttermilk homemade - ganti jus lemon dengan jus limau kasturi

No comments:
Post a Comment