Asam Tumis Nyonya Style
MASYARAKAT BABA NYONYA YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI KAUM PERANAKAN BEGITU MASYHUR DENGAN PELBAGAI MASAKAN TRADISIONAL YANG BEGITU ENAK DAN MENARIK SERTA MEMPUNYAI BANYAK PERSAMAAN DENGAN MASAKAN KAUM MELAYU.
ANTARA YANG DIKENALI IALAH MASAKAN ASAM TUMIS. MASAKAN INI TAK BANYAK BEZA DENGAN ASAM PEDAS DAN BANYAK MENGGUNAKAN BAWANG PUTIH DALAM RAMUANNYA. KUAHNYA YANG PEKAT...SUNGGUH SEDAP SEKALI...DITAMBAH DENGAN HARUMAN DAUN KESUM DAN BUNGA KANTAN.
ASAM TUMIS NYONYA STYLE
BAHAN-BAHAN:
1 EKOR IKAN SENANGIN (dibersihkan dan dipotong)
3 TANGKAI DAUN KESUM
2 TANGKAI BUNGA KANTAN
125 ML AIR ASAM JAWA
750 ML AIR
MINYAK MASAK SECUKUPNYA
BAHAN-BAHAN PES (dikisar):
1 1/2 INCI LENGKUAS
1 INCI KUNYIT HIDUP
200 GM BAWANG MERAH
100 GM BAWANG PUTIH
1 INCI BELACAN
300 GM CILI MERAH
3 BATANG SERAI
BAHAN-BAHAN HIASAN:
5 BIJI BENDI (tak letak sebab tak ada stok)
1 BIJI TERUNG *
2 BIJI TOMATO * (dipotong keci)
1 BIJI BAWANG BESAR (dihiris sedikit tebal)
CARANYA:
1. TUMIS BAHAN PES BERSAMA DAUN KESUM DAN BUNGA KANTAN SEHINGGA NAIK MINYAK.
2. KEMUDIAN MASUKKAN AIR DAN AIR ASAM JAWA. BIARKAN HINGGA MENDIDIH.
3. MASUKKAN GARAM DAN IKAN.
4. KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN HIASAN. TUNGGU HINGGA MASAK DENGAN API PERLAHAN.
No comments:
Post a Comment