Peach Karamel
Kali ini saya cuba pula menvariasikan puding karamel yang biasa tu kepada karamel berperisa peach pula. This my second trial dalam menghasilkan karamel pelbagai rasa. First trial dulu saya hasilkan puding tapai karamel...dan hasilnya amat memuaskan...sedappp!! Peach karamel ni pun tak kurang hebat juga sedapnya...
Caranya:
PEACH KARAMEL
Bahan-Bahan:
200 gm peach, dipotong kecil2
160 gm jus peach
4 biji telur (B)
4-5 keping biskut cream cracker
200 gm susu sejat
150 gm plain yogurt
1/4 tsp garam
20 gm gula pasir
Bahan Karamel:
200 gram gula pasir
2-3 sdm air
Caranya:
- Untuk Karamel: Masak gula pasir tanpa air sehingga kuning keemasan. Masukkan air dan dikacau selalu sehingga sebati.
- Tuangkan karamel ini terus ke dalam acuan. Lebihan karamel boleh disiram kemudian atas puding.
- Untuk Puding: Panaskan sekejap susu sejat dan jus peach atas api tapi jangan sampai mendidih. Blendkan peach, biskut, telur, gula, garam dan yogurt bersama campuran susu tadi hingga halus.
- Tuangkan ke dalam acuan berkaramel. Kukus selama 20-25 minit sehingga masak dengan api yang sederhana.
- Setelah suam-suam bolehlah dimasukkan dalam petisejuk.
- Hiaslah ikut suka sebelum dihidangkan.
No comments:
Post a Comment