Kek Lapis Jentayu
Ramai tertarik dengan kek lapis kerana rasanya yang lain daripada kebiasaan kek...selain rupanya yang beraneka warna dengan pelbagai perisa. Kek lapis yang asli mempunyai rasa butter yang lebih ketara. Penggunaan pure butter menjadikan kek lebih wangi dan lebih lembap. Saya pernah merasa kek lapis buatan tempatan yang telah dikomersialkan di semenanjung, rasa aslinya seakan hilang di mana rasanya sudah seperti kek biasa selain kelihatan kurang moist. Cuma kek lapis popular Sarawak dan homemade saya kira masih mengekalkan keaslian yang sebenar. Hampir setiap tahun saya mengambil tempahan kek lapis sarawak. Alhamdulillah sambutan cukup menggalakkan. Malahan saya ada beberapa customer yang selalu menempah dari saya, kemudian mereka cuba membeli di luar....akhirnya mereka akan datang balik menempah dengan saya....alasan kek lapis yang mereka beli tidak moist...tak seperti kek lapis sarawak. Oleh itu, sesuai dengan kedatangan Syawal tak lama lagi....saya nak kongsikan satu lagi resepi kek lapis yang mungkin boleh menghiasi meja hidangan anda pada raya nanti. Resepi ni saya pelajari dari seorang kawan orang Sarawak.
UNTUK LAPISAN INTI
Bahan A:
UNTUK LAPISAN BAWAH & ATAS
**Jika ada yang cuba buat tapi tak menjadi bukan salah resepi yer....resepi yang saya beri ni adalah ori walaupun resepi ni saya buat jualan. Seperti yang saya katakan pembuatan kek lapis ni ada tekniknya tersendiri. Jika ingin tahu teknik dengan lebih detail sila ikuti kelas-kelas kek lapis.**
UNTUK LAPISAN INTI
Bahan A:
- 16 biji kuning telur
- 4 biji putih telur
- 200 gm gula kastor
- 250 gm tepung hong kong
- 1 tbsp ovallate
- 500 gm butter
- 170 gm serikaya
- 5 tbsp susu pekat manis
- **Jem/Susu Pekat - untuk melapis
- Pukul semua bahan A hingga kembang dan pekat.
- Dalam bekas berasingan pukul pula bahan B hingga "creamy". Kemudian satukan adunan dan gaul sebati.
- Bahagikan kepada 3 bahagian:
- Lapisan hijau >> pewarna hijau & pandan paste
- Lapisan oren >> pewarna peach
- Lapisan biru >> pewarna biru & blueberry paste
- Bakar selapis demi selapis hingga masak menggunakan loyang 9 x 9 x 3in. Mulakan dengan adunan warna hijau sebagai lapisan pertama, diikuti warna peach, biru, hijau, peach, biru, hijau dan diakhiri warna peach.
- Apabila masak tekan setiap lapisan dengan penekan zig-zag.
- Setelah sejuk , potong segitiga menggunakan cutter 1.5 inci.
- Adunan bahan dan cara mengadun sama seperti membuat lapisan inti di atas.
- Ambil sedikit adunan dan warnkan dengan warna biru, masukkan ke dalam piping bag atau botol sos. Adunan selebihnya dibahagikan 2 bahagian, dibiarkan plain.
- Sediakan loyang bersaiz 8.5 x 8.5 x 4 inci. Bakar selapis selapis 1 bahagian adunan plain. Setiap lapis paipkan adunan warna biru. Satu bahagian adunan ini dapat 5 lapisan.
- Selepas habis 5 lapisan bahagian bawah, susun dan lekatkan inti@potongan segitiga tadi menggunakan jem/susu pekat.
- Seterusnya menggunakan satu lagi bahagian plain bakar lagi selapis selapis dan paipkan setiap lapisan dengan adunan warna biru. Ulangi hingga habis@juga 5 lapisan
**Jika ada yang cuba buat tapi tak menjadi bukan salah resepi yer....resepi yang saya beri ni adalah ori walaupun resepi ni saya buat jualan. Seperti yang saya katakan pembuatan kek lapis ni ada tekniknya tersendiri. Jika ingin tahu teknik dengan lebih detail sila ikuti kelas-kelas kek lapis.**
No comments:
Post a Comment