Telur Rampai Medley
Ia mudah....Ia cepat....Begitulah gambaran yang boleh dikatakan untuk menu kali ini. Actually ini lauk accident sebab tak rancang nak buat pun. Nak masak sayur tapi bila check fridge itu je sayur yang ada....sikit pulak tu....jadi terpaksa lah campurkan dengan bahan lain nak bagi nampak banyak....begitulah cerita nyer. Tapi kan sedap juga lauk-lauk kering macam ni. Kalau perut dah keroncong...nasi ada...tapi lauknya tak de...mungkin lauk ini sesuai kerana tak perlu menunggu masa lama sediakan. Namun bahan-bahannya terpulang mengikut kesesuaian masing-masing. Masakan campak-campak seperti ini selalunya menjadi rebutan terutamanya anak-anak. Selain ringkas ianya juga berkhasiat.
Bahan-Bahan
TELUR RAMPAI MEDLEY
Bahan-Bahan
- Telur
- Ubi kentang [dipotong dadu & digoreng]
- Kobis *
- Cili benggala/Capsicum (merah) *
- Daun sup & Daun bawang *
- Bawang merah *
- Bawang putih *
- Kiub ayam
- Serbuk lada hitam yang kasar
- Garam
- Hiriskan halus bahan bertanda *. Ketepikan.
- Pukul telur sedikit dan gorengkan sebentar menjadi scramble. Angkat.
- Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang hingga sedikit layu.
- Masukkan kobis, kiub ayam dan garam secukup rasa. Then terus masukkan capsicum, daun sup, daun bawang, serbuk lada hitam, kentang goreng dan telur.
- Kacau rata-rata, angkat dan masukkan dalam pinggan hidangan. Dah boleh makan da.....
No comments:
Post a Comment