Grilled Chicken Chop & Blackpepper Sauce
Actually dah lama berangan-angan nak buat chicken chop...baru kini menjadi kenyataan. Sebelum-sebelum ni rasa macam susah sangat nak buat sebab banyak step yang perlu diikut. Tapi sebabkan teruja sangat nak mencuba...teruskan juga niat tu. Lagipun ready-made ayam untuk dibuat chicken chop ada dijual jadi tak perlulah susah payah nak 'debone' lagi...boleh terus marinate dengan sos perapan.
Selepas ni dah tak payah makan or beli di luar lagi sebab dah berjumpa dengan resepi yang sedap...Pesan kak Wana semasa marinate ayam kalau boleh peraplah semalaman dalam peti sejuk, kerana selain dapat menyedapkan ayam, rempah perap dapat melembutkan ayam. Tq kak Wana... berkongsi resepi yang sedap ni...saya panjangkan pula dalam blog ini ya, at least boleh jadi rujukan saya masa akan datang..
GRILLED CHICKEN CHOP
source: Wana
Bahan-Bahan
- 1 ekor ayam ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam – dapat 4 keping )
- 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
- 3 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu makan kicap masin
- 1 sudu makan jus limau
- 1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
- 1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)
Caranya
- Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
- Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak [sy masukkan minyak zaitun] dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat.
BLACKPEPPER SAUCE
Bahan-Bahan
- 1 labu bawang besar ( potong dadu)
- 1 sudu besar mentega
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 liter air
- 3 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
- 1 sudu makan sos tomato atau sos chili
- 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
- 1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
- Sedikit garam
Caranya
- Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
- Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
- Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
- Jika suka anda juga boleh masukkan cendawan dalam tin yang telah dipotong-potong. Saya gantikan cendawan dengan baked beans cheese.
Cadangan Hidangan: Hidangkan chicken chop anda bersama kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!
2 comments:
waduh sedap bagat ni....memang dah terliur dah dibuatnya....my fav ni..tapi malas lak nk buat...nk mkn sini jer lah yer...kihkihkih
This sounds good
Thank you for the recipe :)
Post a Comment