Ikan Berlada Taucu
Taucu, kicap, tempe dan tauhu, semuanya diperbuat daripada kacang soya. Ia dijadikan mengikut cara tersendiri dan menjalani pelbagai proses yang berlainan. Kesemuanya mempunyai khasiat dan rasa yang berlainan. Penambahan bahan-bahan seperti ini dalam masakan akan menghasilkan rasa yang amat berbeza. Ia hanya perlu di sesuaikan cara memasaknya saja.
Taucu adalah antara bahan masakan yang paling mudah untuk disesuaikan dalam masakan masyarakat kita. Masakan berlada jika ditambah dengan taucu memang sedap dan enak untuk dicuba.
Bahan-Bahan
Caranya
Taucu adalah antara bahan masakan yang paling mudah untuk disesuaikan dalam masakan masyarakat kita. Masakan berlada jika ditambah dengan taucu memang sedap dan enak untuk dicuba.
IKAN BERLADA TAUCU
source: seleraputeri.blogspot.com
Bahan-Bahan
- 1 ekor ikan siakap
- 1 batang serai, diketuk
- 3 sudu besar taucu pedas
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 tangkai daun kari
- garam & gula secukup rasa
- air secukupnya
- minyak
- 5 ulas bawang merah
- 3 tangkai cili hijau
- 3 tangkai cili merah
- 1 biji tomato
Caranya
- Gaulkan ikan dengan kunyit dan goreng hingga kekuningan. Ketepikan.
- Tumis bahan kisar dan serai sehingga wangi dan garing.
- Masukkan daun kari, taucu dan sos tiram. Gorengkan sekejap. Jika kering boleh tambahkan sedikit air. Tambah gula secukup rasa dan garam jika perlu.
- Setelah cukup rasanya, masukkan ikan dan gaul rata. Atau tuangkan saja sambal di atas ikan...ikut pilihan masing-masing.
Jika menggunakan taucu dalam masakan, sila tambahkan sedikit sos tiram dan gula untuk menaikkan rasa.
No comments:
Post a Comment