Seri Lapis Labu
Buah labu mempunyai pelbagai khasiat. Ianya boleh mencegah penyakit diabetes, kolesterol tinggi, sembelit, hipertensi, masalah hati dan juga hempedu. Beberapa hasil kajian mendapati labu sebenarnya boleh meningkatkan produksi sel beta oleh pankreas dan meningkatkan kemampuan tubuh menghasilkan insulin.
Labu selain enak dimasak sayur, enak juga dibuat pengat, kuih dan puding. Bila lihat ada baki labu lebihan dibuat sayur kelmarin, terfikir pula nak buat kuih talam labu. Dalam internet banyak jumpa resepi talam labu...tapi buat permulaan ini saya terpikat nak cuba yang ini dulu.
Memang sedap kuih talam labu ini...tak rugi saya gunakan lebihan labu tu untuk buat kuih...lemak-lemak manis...teksturnya yang lembut gemalai...hmm...nyum...nyummy...
Bahan Lapisan Bawah:
150 gm labu, diparut kasar
700 ml santan
100 gm gula pasir
60 gm tepung gandum
120 gm tepung beras
1 tbsp tepung ubi
1/2 tsp garam
daun pandan
Caranya:
Bahan Lapisan Atas:
150 gm labu, diparut halus
170 gm gula
120 gm tepung beras
70 gm tepung gandum
1 tbsp tepung ubi
700 ml santan
2 biji telur
1/2 tsp garam
pewarna kuning dan hijau
daun pandan
Caranya:
Labu selain enak dimasak sayur, enak juga dibuat pengat, kuih dan puding. Bila lihat ada baki labu lebihan dibuat sayur kelmarin, terfikir pula nak buat kuih talam labu. Dalam internet banyak jumpa resepi talam labu...tapi buat permulaan ini saya terpikat nak cuba yang ini dulu.
Memang sedap kuih talam labu ini...tak rugi saya gunakan lebihan labu tu untuk buat kuih...lemak-lemak manis...teksturnya yang lembut gemalai...hmm...nyum...nyummy...
SERI LAPIS LABU
~ by Puan Azimah Mansur ~
Bahan Lapisan Bawah:
150 gm labu, diparut kasar
700 ml santan
100 gm gula pasir
60 gm tepung gandum
120 gm tepung beras
1 tbsp tepung ubi
1/2 tsp garam
daun pandan
Caranya:
- Panaskan separuh santan bersama daun pandan, garam dan gula.
- Satukan lebihan santan bersama tepung ubi, gandum dan beras. Kacau hingga rata, sebati dan adunan menjadi halus. Tuangkan santan yang dimasak tadi dan kacau lagi hingga merata.
- Masak dan kacau bancuhan hingga naik wap. Masukkan parutan labu, kacau rata.
- Terus tuangkan ke dalam loyang 10" yang dialas plastik dan kukus hingga masak.
Bahan Lapisan Atas:
150 gm labu, diparut halus
170 gm gula
120 gm tepung beras
70 gm tepung gandum
1 tbsp tepung ubi
700 ml santan
2 biji telur
1/2 tsp garam
pewarna kuning dan hijau
daun pandan
Caranya:
- Panaskan separuh santan bersama daun pandan, garam dan gula. Biarkan sejuk seketika. Lepas itu, kisarkan santan ini bersama labu.
- Satukan baki santan yang separuh lagi dengan tepung dan telur, kacau rata.
- Tuangkan pula kisaran labu bersama santan tadi, kacau rata.
- Kemudian bahagikan kepada 3 bahagian. Dua bahagian diwarnakan hijau dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning.
- Masak satu bahagian hijau hingga naik wap. Tuang atas lapisan bawah, kukus lagi sehingga masak.
- Lakukan dengan cara yang sama untuk dua bahagian lagi warna.
9 comments:
cantiknya kuih seri lapis labu akak...
terliur mas tengok tau..he..he..
assalam, wah cun melecun la kuih lapis labu akak ni...rasa nk ngap jer...haha tapaula 5 ketoi..hehe
cantik betul kuih labu ni..tingat lak labu kat dapur tuha... sah sah lemak wangi gitu kan.. nak kena try jugak ni..mekasih ye akma
cantiknyer lapis labu ni... bila tengok lapis labu akma ni teringat labu ada lagi sebelah dlm peti ais... sedap jugak kan kalau buat lapis labu ni... TQ for sharing... masuk list ni...
Emmm cantik dan kemas betul la talam Iza.
terasa diri dihargai bila kwn2 sume dtg ziarah...kembang kuncup sekejap bila baca komen2..sy sekadar mahu berkongsi resepi..mekasih pd kwn2 yg ingin mencuba..
salam iza...
cantik btol kejadian kuih lapis nih.... kemas jer...
Assalam iza,
lama akak tak kemari..cantiknya lapisan kuih tu..terpegun akak tengok tau..
kak, nk tanya kat resepi lapisan atas tu tepung ubi tu byk mana ya...bila tgk mcm ada tertinggal jer sukatan tu kak.
Post a Comment