Kerabu Jantung Pisang
Hidangan kerabu sememangnya sedap sebagai juadah pembuka selera....terutamanya jika bulan puasa....tapikan tak payah tunggu bulan puasa pun....sebagai menu harian pun sedap. Bagi mereka yang gemarkan masakan kampung, jantung pisang semestinya dicari....tak kiralah apa jenis masakannya. Kebiasaanya jantung pisang direbus dan sedap dimakan bersama sambal belacan. Tapi keenakan jantung pisang bukan setakat direbus....ianya sedap dan enak juga dibuat kerabu.
Resepi ini asalnya daripada buku Air Tangan Sheila Rusly....diketengahkan oleh kak Raihan Shaari@Periuk Tanah dan disalin daripada Nieza@Our Journey Begins.
Terima kasih pada penyumbang resepi....izinkan saya panjangkan di laman dapur ini pula ya....
KERABU JANTUNG PISANG
Bahan A:
1 biji cili merah
5 biji cili padi
1 sm belacan siap dibakar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji lada hitam
*** tumbuk semua bahan A hingga lumat
Bahan B:
1/2 biji jantung pisang awak - saiz besar, kalau kecik guna 1 biji ye..
(buang kulit luarnya hingga tinggal bahagian dalam berwarna cerah)
1 biji tomato dihiris nipis
1/2 labu bawang besar dihiris nipis
1 ekor ikan senangin/ kembung/ sardin - gaul garam dan kunyit dan goreng separa garing (resepi asal ikan kembung direbus) - ambil isinya sahaja dan carikkan dengan tangan.
2 sudu besar santan pekat/ pati santan
1 biji limau nipis - diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa
Caranya:
- Didihkan air dalam periuk. Jantung pisang dibelah 2 dan dicuci dengan air.Rebus jantung pisang selama 15 minit. Angkat dan toskan. Hiris nipis dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Masukkan Bahan A yang telah ditumbuk diikuti bahan B. Gaul rata dan rasa masin dan manisnya. Jika cukup, bolehlah dihidangkan. Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais jika ada baki sebelum dihidang lagi....
2 comments:
Assalammualaikum kak, sedap kan kerabu ni...memang bertambah nasi ler kalau nieza yg mkn...memang suka mkn kerabu.
Nieza,
w'salam..mmg sedap nieza kerabu ni..sesuai dgn selera kak..bkn nieza je yg bertambah nasi..akak pun..bertambah nasi tu dah semestinya lah kalau lauk2 mcm nih...
Post a Comment