Ayam Varuval
Bila surf internet.....saya dapati ada pelbagai versi masakan ayam varuval.
Saya kurang pasti pula asalnya masakan ayam varuval ni, tapi bila lihat pada nama dan ramuannya yang menggunakan banyak rempah ratus.....mungkin merupakan salah satu masakan Indian Style.
Kalau dah indian style.....tak payah nak describe panjang lebar lagi.....semua dah sedia maklum.....tentulah rasanya ala-ala berempah, kann....
Okay, tak payah panjang-panjang cerita.....resepi ini sekali lagi daripada koleksi majalah SAJI. Jom semak resepi.....
AYAM VARUVAL
Bahan-Bahan:
1 ekor ayamgaram & gula
Bahan A:
rempah penumis 4 sekawandaun kari
Bahan B:
10 ulas bawang merah, dihiris1 sudu makan biji jintan manis
1 sudu makan biji jintan putih
Bahan Kisar(pes):
2 labu bawang besar5 inci halia
1/2 cawan cili kisar
2 sudu makan serbuk jintan manis
2 sudu makan serbuk jintan putih
2 inci kunyit hidup
Caranya:
- Panaskan minyak dan tumiskan dahulu bahan pes sehingga pecah minyak dan ketepikan.
- Sementara menunggu bahan pes masak, lumurkan ayam dengan sedikt saja serbuk kunyit. Dalam kuali yang lain, goreng ayam hingga masak, angkat dan ketepikan.
- Gunakan minyak lebihan menggoreng ayam untuk menumis bahan A (jika minyak banyak keluarkan sikit). Selepas itu, masukkan bahan B dan tumis lagi sehingga naik bau selama lebih kurang empat hingga lima minit (baik-baik ya....jangan sampai hangus pulak).
- Kemudian masukkan bahan pes yang telah dimasak tadi. Tambahkan sedikit air dan masukkan ayam, garam dan gula. Gaul selama empat hingga lima minit lagi. Jika sudah cukup rasanya bolehlah tutup api dan angkat. Sama ada gravynya sedikit basah atau pun kering.....terpulang pada individu.
8 comments:
Assalamualaikum Iza,
Wahhhhh..... ayam varuval my favourite nihhhhh, nampak sedap sangat, tentu ayam ni disediakan dengan sentuhan kasih sayang kan....nanti ada masa nak try...tkasih ya
nampak sedap menu ni...
cuma kak cek nak tau ngape namanya Ayam varuval eek...
sedapnya nengok ayam ni kak....menarik yer sure sedap ni..
sedappnya ayam tu...
makan ngan roti pun sedapp kan kak..
Ha...sedap nmpak ayam varuval tu. Makan dgn asi panas2 selit sikit dgn ikan kering gelama masam...3 pinggan nasi x rasa punya.....
kak akma.. erk.. ke kak nk panggil kak iza?? huhu..
nama pun dh ala-ala india gitu.. sure penuh rasa rempah.. kene makan ngn capati or roti naan baru kick nih.. =)
Assallamualaikum Iza Akma..
Uihh... Gerenti sodap ayam ni... Cam terliur lak..
as-salam kak
sungguh menyelerakan "Ayam Varuval" tu..mkn dgn roti pun sedap..
Post a Comment