Blended Orange Cake
Assalamualaikum...
Zaman remaja dulu kalau nak buat kek.....my mom selalu pesan pukul adunan tu biar sampai betul-betul kembang dan putih supaya bila bakar nanti kek akan naik dengan cantik dan tidak bantat.....tak kiralah pukul dengan senduk kayu atau pun dengan mixer.
Bila era baru ni.....macam-macam teknik baru muncul dalam pembuatan kek. Terbaru dan tengah hot sekarang ialah kek yang kaedah membuatnya tidak perlukan mixer.....just guna blender.....magic kan.....
Jika hanya dengan blender sudah boleh menghasilkan kek yang gebu.....setanding dengan kek yang dimixer.....ini sudah hebat.....sudah boleh simpan mixer dalam stor.....hehehe.....
Pendek kata pada siapa yang tiada mixer atau rasa malas nak keluarkan mixer.....boleh lah mencuba resepi yang fabulous and marvellous ini. Resepi saya intai di MyResepi diketengahkan oleh kak Fida. Saya tengok kek ni dah pun berlegar-legar sana-sini.....ramai yang dah mencuba.
Kek oren ni sungguh sedap.....lembut dan lembap.....paling penting mudah dan cepat.....pejam mata pun dah boleh siap.....thanx kak Fida. Okay.....jom semak resepi.
BLENDED ORANGE CAKE
Bahan-Bahan:-(loyang 9 inci)
1 bji buah limau
1 cawan minyak (180g)
2 cawan gula halus
(sy guna
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
(saya guna self-raisng flour + 1 tsp baking powder)
1 sudu besar baking powder* ( *diayak bersama ) >> 3 tspupdated 030420
extra added : 10 pcs biskut cheese julies (bulat), anggaran 210g telur@4 bj B, 3 tsp susu segar
Caranya:
- Cuci buah limau, potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah.
- Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali. Masukkan ke dalam blender bersama minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus.
- Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang yg beralas dan digris (saya guna loyang 8"/7"sq pun boleh).
- Bakar pada suhu 170 darjah Celcius selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak. Supaya kek tak merekah, gunakan suhu dan masa yang sesuai dan letak loyang di bahagian tengah rack dalam oven. (suhu 155-160c api atas bwh rak bawah on fan 40 min)
8 comments:
Assalamualaikum Akam,
Cantik aje kek oren Akma tu, nampak gebu dan sedap.
Wah kek oren akma, ada pattern2 lah..cantik..memang lembut kek oren ni..senang kerja pakai blender dah jadikan..
wah dah sampai sini kek oren ni bila la nak landing umah sy pulak ye:)
Terbau dah kek oren sampai sini...dtg jenjalan ...kak cek nak sepotong ...ada lagi ke....
Assalamualaikum,
Cantik jadinya kek oren tu.....ramai juga yg dah cuba, akak jer yg belum....
memang best kek oren ni...
senang dibuat dan sangat sedappp...
betul2.. tun setuju dgn akak.. dulu2 kalau kek jd bantat tuu, sure sbb x pukul elok2..
byk kali duk tengok kek ni kt dapur org, mana aura x sampai2 lg nih.. kene tunggu kak watie wat dulu kot.hihi
Assalamulaikum salam kenal dari Kak CT.
pernah gak nak mencuba buat resipi ni, tapi oleh kerana asik terlupa nk membeli buah oren tangguh jer lah nak membuatnya... hihi.
Bole kak ct nak link blog akam di Dapur CT. Mintak izin ya :D
Post a Comment