Ikan Tenggiri Masak Hijau
Pasti ada yang tertanya-tanya mengapa nama menu kali ini tenggiri masak hijau.....tapi tengok tak hijau pun. Pertama kali saya tengok menu ini kat dapur Yatie, berkerut gak dahi. Tapi bila baca penerangan Yatie seterusnya.....baru laa faham.....ghupernya lada hijau dan daun kari yang berwarna hijau itulah yang membuatkan masakkan ini diberi nama ikan masak hijau.
Resepi ni ringkas.....ramuannya pun mudah.....sesuai bagi mereka yang terkejar-kejar masa. Tapi berbaloi kerana menu ini sedap banget....makan sampai menjilat jari.....jangan sampai jilat pinggan sudah lah iye.....nampak buruk pulak laku.....hehehe.
Yatie, minta halal saya letak resepi di sini.....terima kasih share resepi yang cukup enak.....
IKAN TENGGIRI MASAK HIJAU
Bahan-Bahan:
2 ekor ikan pari - dipotong, bersihkan dan toskan **saya gantikan dgn 3 keping ikan tenggiri medium size
1 tangkai daun kari
3 batang cili hijau, di potong serong
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 cawan air atau lebih.
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
garam & sedikit gula
Bahan Ditumbuk/Dikisar Halus:
2 ulas bwng putih
3 biji bwng merah
1/2 inci halia
4 biji cili merah **saya guna 2 cili merah & 2 cili hijau
4 biji cili padi merah
sedikit belacan
Caranya:
- Ikan di potong, bersihkan dan toskan, gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan ikan hingga separuh masak dan ketepikan.
- Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air.
- Masukkan serbuk lada hitam, daun kari dan lada hijau yang dipotong serong.
- Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul sebati. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan perahan jus limau kasturi.
- Biarkan hingga mendidih, perasakan. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih hangat.
18 comments:
Assalam kak,ikan nih mmg nmpk sedap sgt..Dari tgk kat umah kak yatie,dah amk resepi,tapi xwat lagi,hehe..
W'kmslm Zaliedana,
bukan nmpk saja sedap zal..tp mmg sedap sesangat..boleh bertambah2 mkn
akak pun dah lama gak simpan respi..baru la ni dapat cuba..tak rugi tau..
wahh..sedapnya ikan tenggiri tu kak....
terliur mas nengok...
Mas,
mmg sedap mas tenggiri masak cam nie..nah..akak bagi sikit..utk lunch..kalo mas dah lunch..boleh laa wat utk mkn mlm nnt..
Kak cek lum lunch lagi ni...lapo la pulak rasa perut ni...tgk gambo pun jadilah...:-)
Assalam akma,
memang sedap lauk ni..dulu akak pun pernah masak tapi gunakan ikan pari..ni lauk peranakan baba& serani..akak gunakan sambal belacan..alah in fact ikan apa pun ok aje..
Assallamualaikum Iza Akma..
Sedapnyaaaa... Naz suka masakan yg ada sambal2 ni..
nampak memang sedap lauk msk hijau akak ni tapi belum berkesempatan lagi nk cuba...
kak akma.. arini tun pun masak skodeng resepi kak yatie.. hehe.. tgk gamba td konpius gak tang mana ijau nyer.. hehe.. tp nmpk sedap. nk gi cari ikan lah.
Assalamualaikum Iza,
Memang sedap resepi ni kan Iza, akak dah try dengan ayam, mabeles giler, ikan tak pernah try lagi
Cik Cek,
tengok gambo jer, leh ilang lapo ke kak cek..
Ayu,
w'kmslm kak..
oo..mcm tu ceritanyer..kalo dapat ikan pari lg la sedapkan kak..goreng lagi dgn sambal belacan ..mesti harum jer..alamat mkn bertambah2 lah..heheh
Naz,
w'kmslm..akak pun suka masak sambal2 cam ni mmg sedap naz...bila mkn tak nampak dah org keliling..hihi
Nieza,
memang sedap pun nieza resepi yatie ni...tak pe man2..ada masa boleh la try..susah2 sangat ikan salmon tu jer nieza buat masak hijau..hehehe
Tun,
biasa nya bila sebut masak merah..warnanya merah..bila sebut masak hijau mestilah warnanya pun hijau gak kan..tp yg ini nama hijau tp keluarnya merah..tak pela tun..merah ker hijau ker..janji sedap..kan..
mesti cuba ni tun resepi yatie ni..
Wattie,
w'kmslm kak..
ya kak sedap resepi nie..nnt nak cuba ayam pulak la..
Memang sedap
Nak tanye..kalau dgn ikan siakap sedap tak..
Post a Comment