Kek Pisang Marble Susu
Mencampurkan pisang ke dalam adunan kek menjadikan kek lembap selain enak dimakan.
Masa blogwalking dapur Ros hari tu, ternampak Ros tayang kek pisang marble susu yang kelihatannya sedap.
Pisang pun ada sebab dah beli siap-siap untuk buat kek ni. Pada tekak saya laa kan.....ternyata memang sedap kek pisang ni.....lebih-lebih lagi bila ditambah dengan lorekkan coklat.....tekstur keknya gebu dan lembut.....
Masa blogwalking dapur Ros hari tu, ternampak Ros tayang kek pisang marble susu yang kelihatannya sedap.
Pisang pun ada sebab dah beli siap-siap untuk buat kek ni. Pada tekak saya laa kan.....ternyata memang sedap kek pisang ni.....lebih-lebih lagi bila ditambah dengan lorekkan coklat.....tekstur keknya gebu dan lembut.....
Maaf semua ya.....buat masa ini mungkin blog Ros Jintan Manis (tuan punya resepi) ada masalah sikit.....tak boleh akses.....
Nampaknya kena lah saya cari daripada sumber lain. Cari punya cari.....jumpa kat dapur Mas Duniaku. Jadi saya copy daripada dapur Mas jer lah......okay.....Mas izinkan ya.....
KEK PISANG MARBLE SUSU
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila
3 biji telur
* sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko
Caranya:
- Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan, kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.
- Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati, selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila, kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
- Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat, kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu.
- Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit, setelah siap di bakar, sejukkan atas redai.
Nota:
Saya gunakan loyang 8.5in x 8.5in dan dibakar pada suhu 170 darjah celcius menggunakan api bawah with fan selama kira-kira 30-35 minit. Tempoh membakar bergantung kepada saiz loyang yang digunakan & juga jenis oven masing-masing.
2 comments:
AS-SALAM KAK
selera tgk kek marble pisang tu.. nampak gebu...uishhh
Assalamualaikum Iza,
sedapnya nampak kek pisang tu...teruja kak nur melihatnya...eh lama tk nampak..sihat ke??
Post a Comment