Donat Labu Manis
Seolah-olah telah menjadi kegilaan teman-teman buat donat. Sana-sini donat. Pendek kata apa saja resepi donat pasti dicuba. Donat bukan saja digilai anak-anak malah kita yang dewasa ni pun turut menggilainya.
Donat ni buat untuk minum petang tadi. Kesian tengok labu duk tergolek-golek dalam fridge.....terus rebus untuk buat donat. Sebelum ni pun pernah juga post entri donat labu tapi kali ini dengan resepi lain pula.
Saya tertarik untuk mencuba sebab banyak feedback di SINI mengatakan donat labu ni cukup gebus dan sedap selain warna kekuningannya yang semulajadi buatkan donat ni cantik dipandang.....
Saya tertarik untuk mencuba sebab banyak feedback di SINI mengatakan donat labu ni cukup gebus dan sedap selain warna kekuningannya yang semulajadi buatkan donat ni cantik dipandang.....
Okay, jom semak resepi.
.....amboiii, penuhnya taburan salji kat atas tu..... awas, kurangkan manis dalam makanan tapi lebihkan manis dalam senyuman.....hihi..... |
DONAT LABU MANIS
Bahan-Bahan :
1 kg tepung
1 1/2 peket yis segera mauripan (jumlah brt=16g)
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu makan garam
300 gm labu yang telah direbus empuk
3 biji telur besar
1/2 cawan gula
1 cawan rata majerin
gula kastor secukupnya (ditabur pada donat)
Caranya :
- Gaul rata tepung, susu & yis.
- Menggunakan blender, blend telur & gula hingga hancur. Campurkan labu rebus, blend lagi. Jika kental sangat campurlah sesudu dua air suam. Campurkan garam & majerin, blend lagi hingga sebati.
- Campurkan bahan-bahan yang diblend ke dalam tepung. Uli hingga menjadi doh yang kenyal dan licin anggaran 10-15 minit.. (tambah sedikit air jika perlu, semasa menguli tadi). Biarkan doh mengembang lebihkurang 1 jam.
- Selepas itu bentukkan doh menjadi bebola-bebola kecil lalu dileperkan. Susun atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung.
- Bila doh mengembang sekali lagi, boleh lah dibuat lubang dengan jari lalu digoreng dengan api perlahan hingga masak kedua-dua bahagian.
- Bila telah keperangan, angkat & toskan. Semasa masih suam-suam golekkan ke dalam gula castor. Siap untuk dihidang.
11 comments:
wahh..lembut gebunya donut tu,.....
gemok2 nyer donut akak!! geram! geram! tun terkena virus M skrg ni.. kui kui.. harap2 xlama. hehe
Bulat bulat jer donut tu..semalam kita cuba buat keria labu..susah betul nak di bentuk dah tu terkeras la pulak..nanti boleh cuba donut ni...
salam pagi...
Dah lama teringin nak buat donut labu ni, tiap kali hb pasar tani asyik tak de je. singgah makan sini boleh ke
Assalamulaikum Akma
memang betul kekadang ni bila kita nak buat sesuatu sampai berhari2 dok peram resipi kan. Tapi bila dok belek2 dalam petiais macam2 benda dah terbiar lama. Kak ct belum cuba lagi buat donat labu ni. InsyaAllah akan cuba nanti. memang gebu donat ni.. fedback dr kwn2 tu yang kita nak dengar kan akma :D
Mas,
aah mas...banyak feedback kat sana kata gebu...pasal tu akak tergoda nak buat..
Tun_Telani,
hehehe...tun, kalau kuih2...lg gemok lg cantik...kalau boleh tu yg nak rebut dulu...tp kalau pada org...semua lari, takut...sume pilih yg slim2 je...
samala tun, akak pun ada masanya dtg gak virus M tu...bila tengah demam M lebih baik takyah buat apa2...kalau buat gak confirm tak jadi..wakaka..
Nazrah,
nak kata bulat, taklah bulat mana naz..ye ker naz...tak pernah cuba lagi keria labu..nak kena selongkar balik nih cari resepi keria labu ...boleh naz...silakan
Wanieyra,
salam pagi ira..mcm tu la ira, kekadang bila hendak sangat...merata pegi cari tak jumpa...terpaksalah tunda dulu planning..tp jgn jd mcm akak...tunda punya tunda sampai terlupa terus...hehehe
as-salam kak
waaaa gebusssnyer donut tu....nyum2..nampak sedap...
Salam Iza...
gebu dan mulat2 donut ni...nampak gebu dan lembut....mesti sedap ni...:)
Post a Comment