Rendang Ayam Rempah Kari
Rendang merupakan juadah wajib pada musim perayaan. Bila sebut saja rendang pasti ingatan akan terus menerpa kala saat menyambut perayaan. Biarpun meja hidangan kala itu dipenuhi dengan segala macam jenis biskut dan kek namun jika tidak nampak bayang rendang.....rasa semacam tak lengkap sambutan raya.
Masa kan tidak, rendang adalah hidangan tradisional pusaka warisan nenek moyang kita yang digemari ramai sehingga kini. Tapi sekarang ni, rendang bukan saja terhad pada musim perayaan tapi dah menjadi lauk harian dan mudah didapati jualannya di mana pun.
Menu rendang dah menjadi favorit kami kat umah ni. Tak kiralah rendang ayam, daging, kerang.....memang menjadi rebutan dan menyelerakan. Rendang pulak ada macam-macam, rendang tok, rendang pedas, rendang berempah dan banyak lagilah. Cara memasaknya juga berbeza.....ada yang terus lebur jer dan ada pula yang ditumis dulu.
Saya merendang ni sebab nak kawinkan dengan Nasi Ketumbar ( nampak tak nasi yang warna hijau kat sebelah ayam tuu.....). Pada saya rendang ni sedaapp.....sesuai sangatlah dengan selera dan citarasa kami sekeluarga yang terlalu memilih ni. Selain nasi, rendang rempah kari ni juga sedap dan amat sesuai sekali jika dimakan bersama pulut kuning, ketupat palas, lemang, roti, capati mahupun dicicah saja dengan lempeng. Okay, jom kita usha resepi rendang ayam ni dulu ya.....untuk nasinya pula tungguuu.....
RENDANG AYAM REMPAH KARI
sharing by : Iza Akma @ SSK
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam
(dipotong ikut suka, bersihkan, lumur dgn garam & kunyit dan digoreng 1/2 masak)
(dipotong ikut suka, bersihkan, lumur dgn garam & kunyit dan digoreng 1/2 masak)
1 sudu makan kerisik
minyak untuk menumis
Bahan A (dikisar halus) :
2 labu bawang besar
10 tangkai cili kering
2 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
Bahan B :
3 buah pelaga
3 bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
1 bunga lawang
Bahan C :
2 sudu makan serbuk kari daging
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
2 tangkai daun kari
1 keping asam gelugor
garam & gula perang secukup rasa
gajus digoreng sekejap, untuk hiasan
Caranya :
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan A sehingga pecah minyak dan berbau harum.
- Selepas itu, masukkan bahan B. Tumis lagi sehingga naik baunya. Tambahkan daun kari.
- Kemudian masukkan serbuk kari daging. Kacau rata sehingga tumisan pecah minyak.
- Tambahkan santan, air, garam dan gula ( jika pekat sangat boleh tambah sikit lagi air ). Kacau sekali sekala sehingga kuahnya hampir pekat. Masukkan asam gelugor dan kerisik serta ayam. Biarkan sehingga kepekatan yang dikehendaki. Rasakan.....jika ada yang kurang tambah.
- Akhir sekali, taburkan gajus dan kacau-kacau sekejap.....bolehlah diangkat.
8 comments:
Assalamualaikum Akma,
Sedap apabila tengok ayam rendang tu...kak nur pun suka ayam rendang.
Zaman sekarang orang hidup dh mewah dan rendang dh jadi makanan seharian...senang nk dpt tak yah tunggu raya...hehe.
Assalamualaikum Akma...lompat dari dapur Mas nih...terberkenan lak tengok rendang nih...nnt2 boleh la buat...thanks for sharing..
Assalamualaikum...
Memang nampak menarik ayam rendang tu..sepinggan ke sini boleh tak...
Salam akma...
mg tergoda tgk ayam tu...
Nuridah,
w'kmslm kak nur..menu kegemaran dari generasi ke generasi...tul tu kak noor...dulu2 rendang boleh jumpa masa raya jer...tu yg buat teringat2 tuh, tp zaman moden ni teringat masa tu...masa tu juga boleh dpt..pendek kata hampir semua juadah raya dah boleh dpt hari2..dah takde nostalgik lg dah...
Ummi,
w'kmslm kak ummi...terberkenan eh...mekasih...senang2 boleh cuba...rendang ni mmg sedap..
Naz,
w'kmslm..nampak menarik rasa lagi lah menarik tau...alahai naz...dah tinggal kepak dngan leher jer...isi2 sume dah kena bedal...
Wanieyra,
salam ira...sekali tengok tergoda...dua kali tengok kena la buat tau ira...hehehe..
Post a Comment