Seri Kaya Pancake
Assalamualaikum...
Lama juga rasanya tak bersarapan dengan penkek.
Penkek merupakan menu sarapan yang paling ringkas dan begitu mudah disediakan. Saya rasa bukan umah ni jer malah umah-umah lain pun kalau dihidangkan menu penkek untuk anak-anak, pasti dalam sekelip mata dah tinggal pinggan kosong kann. Yang banyaknya anak-anak manakala emaknya dapatlah merasa sekeping dua.....hehehe.....
Resepi kali ini agak special sikit kerana ada serikaya dan mayo di dalam. Rasanya seperti penkek yang lain-lain juga.....sedap, lembut dan lemak-lemak gitew.....
Untuk resepi asal boleh lihat Sini eh.....
SERI KAYA PANCAKE
sharing : Singgahsana Kitchen
Bahan-Bahan :
180 gm tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1 sudu teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
4 sudu besar seri kaya (sy guna jenama 'Nona')
2 biji telur, dipukul sedikit
200 gm susu segar
6 sudu besar air
50 gm minyak masak #
2 sudu besar mayonnaise
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
Madu, Strawberry, Seri kaya untuk dimakan bersama pancake #
Caranya :
- Dalam bekas, satukan semua bahan kecuali bahan bertanda (#), kacau rata hingga sebati dan masukkan minyak masak, kacau rata dan rehatkan 10 minit.
- Panaskan non-stick pan dengan sedikit minyak. Tuang satu senduk kecil adunan dan masak dengan api kecil. Tunggu sehingga permukaan pancake berbuih dan kelihatan kering. Terbalikkan. Masak hingga perang, alih dalam pinggan, buat hingga habis.....yang penting guna api yang kecil.
- Hidangkan pancake bersama madu, strawberry atau seri kaya, jika suka...
Tips: Untuk mendapatkan pankek yang lebih tebal, sila gunakan pan berdiameter kecil.....
6 comments:
Assalamualaikum Izah
dh lama kak nur tk buat pancake...dulu2 ada jugak...hehe
suka tgk blog iza...cantik!
nk mintak pancake...ada lagi ke..lama tak buat huhuu
As'salam..lama tak makan pancake tapi nie versi lain sikit..nanti kita nak cuba hehe nampak sedap.
Nuridah,
w'kmslm kak Nur..sy pun dah lama tak buat tu yg teringin buat tu..
Ida,
thanks Ida.....biasa laa ida kalau wat pancake tak pernah berbelen.....asyik kehabisan je...hehe
Noor,
w'kmlm, lama xdengaq berita .....a'ah kak, pankek ni sedap dan lembuut.....cubalah..
Post a Comment