Lemak Udang Dengan Peria
Salam hari Sabtu semua.
Bila sebut peria, pasti ramai tidak berapa gemar kerana rasanya yang pahit lebih-lebih lagi peria katak. Kenapa namanya peria katak.....heheh.....mungkin kerana rupanya tu kot. Peria ni selain sedap dimasak lemak juga sedap direbus dan dicicah bersama sambal belacan.....pahit pada siapa yang tak suka.....tapi sungguh menyelerakan pada mereka yang menggemarinya.
Lagipun ada pendapat mengatakan, peria jenis ni boleh jadi penawar kepada penyakit hipertensi dan diabetes.....kerana ia mampu menurunkan tekanan darah dan paras gula dalam darah.....pesan orang tua-tua kita, yang pahit itu ubat sementara yang manis itu penyakit.....heheh.....
Oh ya, untuk mengurangkan pahit peria katak ni.....selepas disiang, rendam dalam air garam. Tapi kekadang tu.....saya tak rendam pun sebab nak rasa pahit-pahitnya tuu.....tu yang sedapp.....
Tapi terserahlah pada selera masing-masing.
Kalau masak lemak gini nak-nak dicampur udang.....alamatnya udang yang habis dulu.....biasa laa.....anak-anak kaut udang jer.....perianya tinggal.....sapa lagi yang kena habiskan.....tukang masak laa jawabnya.....tapi tak ada masalah kerana saya cukup suka peria.....kekadang ratah macam tuu aje.....
Apa pun resepi daripada CMG ni memang sedap.....menyelerakan.....
LEMAK UDANG DENGAN PERIA
Bahan-Bahan :
6-7 biji peria katak
10 ekor udang bersaiz besar
1 helai daun kunyit, disiat2
1 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Sedikit air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Di Kisar Halus :
20 - 25 biji cili padi merah siam (boleh kurangkan)
1/2 inci kunyit hidup
1 inci cekur, hiris (sy tak letak)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
Caranya :
- Peria katak dibelah dua setiap satu, buang biji dan rendam dalam air berisi garam. Udang dikerat hujung kepalanya, buang kotoran, cuci bersih dan toskan.
- Dalam periuk, satukan udang dengan bahan kisar halus, serai, asam gelugor dan masak hingga udang berubah warna. Tuang santan cair dan kacau, bila mendidih, masukkan peria katak, tuang sedikit air jika ingin lebih kuah.
- Tambah santan pekat, garam secukup rasa, secubit gula dan daun kunyit, kacau perlahan hingga mendidih dan peria sedikit lembut, gunakan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...
3 comments:
sedapnyer gulai lemak udang ngan peria... kesukaan saya ni.....
as-salam kak Iza
terliur je Ady tngk lemak udang dgn peria tu kak..sungguh menyelerakan
masak lemak paling sedapppp! suker sgt2. :) ada peria,laaagi sedap!!
Post a Comment