Pengat Pisang Candil Keladi
Assalamualaikum...
Dah jadi kebiasaan di rumah ni mesti nak ada juadah minum petang. Nak kata kemestian tu tak lah. Tapi sekurang-kurangnya adalah hidangan untuk dijamu petang-petang begini.
Agaknya apa pula menu kawan-kawan untuk minum petang hari ni ya.....?
Semalam beli pisang nangka sesikat.....tekak ni mengidam pula nak makan pisang nangka goreng. Selepas digoreng petang semalam ada berbaki sikit lagi. Pagi tadi kepala dok fikir, nak buat apa dengan lebihan pisang ni. Nak dibuat pengat rasanya tak cukup.....lagi pula anak-anak memang suka sangat pengat pisang. Kepala ni dok fikir lagi nak tambah apa supaya pengatnya nampak banyak. Dapat idea daripada majalah SEDAP.....tambahkan dengan candil. Terus cari balik resepi candil yang telah diprint agak lama dulu. Resepi candil tu menggunakan labu tapi sebab labu tak ada yang ada cuma keladi.....keladi pun keladi lah.....
Jadi ini lah dia menu minum petang saya sekeluarga, pengat pisang bersama candil keladi.
Minta maaf Yatie ya, sebab memandai jer tukarkan labu dengan keladi.
Thanks Yatie sharekan resepi candil yang sedap.....apa-apa pun next time nak kena try juga dengan labu.
PENGAT PISANG CANDIL KELADI
source : yatiememories
Thanks Yatie sharekan resepi candil yang sedap.....apa-apa pun next time nak kena try juga dengan labu.
PENGAT PISANG CANDIL KELADI
source : yatiememories
sharing : Iza Akma SSK
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cwn labu rebus, toskan dan lecek halus >sy ganti dgn keladi
sedikit garam
Air secukupnya - utk merebus bubur candil
** sedikit pes keladi/esen keladi
** sedikit pewarna purple
** sedikit pewarna purple
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 ketul gula melaka - racik halus dan masak hingga hancur + 1 cwn air & tapiskan >yg ni sy tak buat
3 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan
** sedikit garam
** sedikit garam
** sedikit gula merah
** pisang nangka
(** bahan yg sy tambahkan)
Caranya :
- Labu/keladi yg telah di rebus, di toskan dan di lecek halus.
- Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam ke dlm sebuah mangkuk. Masukkan labu/keladi yg telah di lecek tadi (bersama sedikit pes keladi dan pewarna purple). Uli hingga menjadi doh, tak perlu tambah air sbb labu dah berair. Uli lagi sehingga menjadi doh lembut. (sy masukkan tepung gandum sikit demi sedikit.....bergantung pada kelembutan doh.....uli hingga jadi doh yang lembut)
- Didihkan air dlm periuk, bulat2kan spt bebola kecil adunan dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.
- Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
- Di dalam periuk yg lain, satukan santan cair dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka yg sudah di tapis tadi.
- Masukkan bebola candil tadi (bersama pisang) dan masukkan juga daun pandan...gaul sebati.
- Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.
7 comments:
as-salam kak Iza
sedapnye kak Iza pengat pisang..Ady suka sangat dgn pengat pisang..
sedapnyer! tun puasa arini. xpenah lg mkn bubur candil. kat ganu xde kot, ke tun je yg jakun xpenah mkn? hihi
Salam ziarah Iza..nnt jemput ziarah blog Liza yer..
Sedapnya Iza ada keladi lagi,mie pun buat pengat pisang jugak tapi no keladi la:)
sedaaapnya tengok pengat pisang candil keladi tu.... tp x perna lg merasa sebenarnya... nie dah teringin plak nak merasa... mmg terliur tgk..
Assalamualaikum Iza,
Sedapnya pengat tu, tp belum pernah buat. Nampak macam sedap sangat, akak nak semangkuk leh....
bestnya pengat tu....gambar pun menarik..rasa mesti menarik lagi :)
Post a Comment