Masak Lemak Nenas Sepat Masin
Assalamualaikum...
Baru-baru ni, sambil-sambil holiday duduk bersantai-santai menghirup udara segar bayu laut china selatan..... sempat juga memborong barangan hasil laut kering. Lagipun memang dah plan tunggu peluang ni beli ikan bilis, ikan masin dan yang sewaktu dengannya. Punya ler jauh memborong.....macam kat KL tak de......Bukan apa, kat sana rasanya lebih murah.....lebih berbaloi. Sebab tu dah jadi kelaziman kalau pergi sana mesti beli banyak-banyak buat stok.....sampai penuh lah petisejuk tuu.
So, ikan masin dah ada..... nenas pun ada.....tercapailah hasrat nak merasa lemak nenas dengan ikan sepat masin. Biasanya guna isi ikan kurau bila masak lemak nenas atau nangka.....tapi kali ni ubah selera tukar ikan sepat.
So, ikan masin dah ada..... nenas pun ada.....tercapailah hasrat nak merasa lemak nenas dengan ikan sepat masin. Biasanya guna isi ikan kurau bila masak lemak nenas atau nangka.....tapi kali ni ubah selera tukar ikan sepat.
Kalau sepat masin goreng, dengan tulang-tulang halus die boleh makan terus sebab rangup kan. Berbeza masak berkuah begini, bila menjamu selera tu kenalah lebih berhati-hati.....takut nanti tercekik pulak tulang-tulang halus tu. Pada sesiapa nak kurangkan masin pada ikan, seperti biasa rendam sebentar ikan tu dulu. Saya tak rendam.....terus masukkan saja dalam kuah.....dan tambahkan garam last sekali itupun jika perlu saja kerana masin ikan akan meresap dalam kuah. Masak sempoi cam nih rasanya semua dah tau.....tapi tak apalah nak share juga di sini untuk rujukan saya akan datang.
MASAK LEMAK NENAS SEPAT MASIN
sharing : Iza Akma SSK
Bahan-Bahan :
½ biji nenas kecil (masak) - dihiris nipis
3 ekor ikan sepat masin - dipotong 2
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit - dikoyakkan
1 batang serai - dititik
garam & gula secukup rasa
Bahan Tumbuk/Kisar :
2 biji cili merah / 6-8 biji cili padi *
(* kalau nak pedas tambah lagi)
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit kunyit hidup
Caranya :
- Satukan serai bersama bahan kisar dan daun kunyit dalam periuk, kacau sebentar.
- Selepas itu masukkan 1/2 cawan santan pekat bersama 1 cawan air. Masak dengan api perlahan dan dikacau selalu.
- Bila kuah agak didih, masukkan nenas dan asam gelugor.
- Setelah nenas agak layu, masukkan pula ikan masin sepat dan baki 1/2 cawan santan pekat tadi. Sesuaikan rasa, tambahkan garam. Jika suka boleh tambahkan sedikit gula. Teruskan memasak dengan api perlahan sambil dikacau selalu.
- Bila dah cukup rasanya bolehlah tutup api. Hidangkan segera bersama nasi hangat dan ulam-ulaman.
3 comments:
salam singgah
saya suka kaut nenas je kalau masak yang ini....
dah follow jom follow back
qhaifanurin.blogspot.com
tq kak..sedpa sungguh resipi ni.aduhai..mmg maveles.1st time try masak tros mcm rase mak sy masak. tqvm :)
@m r s c a r i s
sama2.
lega kak iza dengar resepi ni menepati selera anda...terima kasih sudi mencuba dan berikan feedback di sini.. :)
Post a Comment