Ayam Syahjahan
Assalamualaikum...
Bersiaran kembali. Inilah lauk yang saya padankan dengan Nasi Kismis hari tu, Ayam Syahjahan.
Kalau Nasi Kismis hari tu resepi Pak Engku.....resepi ayam ni pula saya ambil daripada buku Asmah Laili Mintak Ampun Sedapnya....Ayam Syahjahan ni, bukan nama jer gempak tapi rasanya pun segempak namanya juga. Kalau tak caya cuba ler.....rasakan sendiri keenakannya.....pasti tidak mengecewakan. Tak payah citer panjang-panjang, moh ler semak resepi......
AYAM SYAHJAHANsource : Asmah Laili Mintak Ampun Sedapnya...sharing : Iza Akma SSK
Bahan A :1 ekor ayam, dipotong 8, lumurkan dengan sedikit kunyit/garam dan ketepikan5 biji buah pelaga3 cm kulit kayu manis5 biji bawang besar, didadu kecil2 biji lada hijau, dibelah 2 jangan putus2 sdm pes halia / bawang putih2 sdm pes tomato3 biji tomato, didau kecil2 pokok daun ketumbar1 genggam daun pudina2 sudu makan rempah kari daging1/4 cwn minyak sapi1/2 cwn minyak jagunggaram secukup rasaBahan B :1/2 cwn yogurt5 biji badam5 biji gajus1/4 sdt koma-koma >tak buat(utk bahan B ni, sy masukkan semua dalam blender campur sikit air.....blend hingga halus)
Caranya :❀ Panaskan minyak jagung dan goreng ayam sehingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
❀ Tambahkan minyak sapi kepada minyak jagung dan biarkan panas. Tumis buah pelaga dan kayu manis sehingga wangi.
❀ Masukkan bawang dadu dan lada hijau. Tumis lagi sehingga bawangnya kuning dan ladanya layu. Kacau setiap masa sebab bawang cepat menguning.
❀ Masukkan pes halia/bawang putih dan tumis lagi sehingga wangi.
❀ Masukkan pula pes tomato dan tumis selama 2-3 minit.
❀ Kemudian masukkan tomato dadu, daun ketumbar dan daun pudina. Tumis selama 10 minit. Kacau setiap masa. Ini akan membantu memecahkan buah tomato.
❀ Masukkan rempah kari dan tumis selama 10 minit lagi.
❀ Kemudian masukkan bahan B dan garam. Tumis lagi sampai keluar minyak. ( masa ni kuah jadi pekat.....jadi sy tambahkan sikit air dan teruskan menumis sehingga pecah minyak ).
❀ Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan selama 5 minit sahaja. Padamkan api dan biarkan selama 5-10 minit agar minyaknya naik.
Sedaapp!! ...hingga menjilat jari |
Panduan :- Apabila mula menumis, pastikan bahan-bahan tumisan dikacau setiap masa sehinggalah dimasukkan ayam. Jangan tumis terlalu lama sebab rempahnya akan menjadi pahit.
3 comments:
peeeerrrrghhhh meleleh
Assalam Haizatul....menariknya ayam Shahjahan ni...mesti sedap eks! Akak amik resepi dulu yea...mohon halal :))
datang sini singgah tgk gambar pun dah terliur.. tgk jerlah x dapat nak rasakan... mesti sedapp...
Post a Comment