Bingka Beras Jagung
Assalamualaikum...
Dua tiga hari ni rasa kurang sihat sikit. Semalam pun badan rasa macam panas jer. Bimbang kalau-kalau demam.....terus telan pil demam. Bila dah tak sihat, serba-serbi jadi malas.....malas nak buat keje umah.....malas nak masak. Kalau ikutkan hati, nak landing jer atas tilam empuk tu. Tapi nak wat camner kann.....my larling tak approve cuti.....terpaksa lah digagahi juga walau tak larat. Dalam tak larat-larat tu.....larat juga menyiapkan bingka beras ni untuk minum petang semalam. Dah lama berhajat nak buat sebenarnya. Lagi pulak bingka beras is my favourite. Dah lama tak makan, tu yang buat tu.....
Komen hubby, '.....selalu makan kosong je, yang ini ada jagung..... sedap, ada rasa lain sikit.....". |
Bingka beras selalunya putih, hijau atau gula merah. Tapi kerana nak menarik minat anak-anak makan kuih-kuih tradisi macam ni, saya olah sedikit dengan penambahan jagung.....jagung fresh yang saya hiris-hiris dan kemudian direbus hingga lembut. Jadi bila makan tu tak lah rasa plain sangat. Ingatkan satu adunan tu dapat banyak sebab resepi kata loyang 9". Jadi saya buat half.....rupanya dapat sikit loyang 6". Maknanya satu adunan sesuai dengan loyang 8" bukan 9" sebab loyang 9" bingka akan jadi nipis. Bingka ni lembut, lemak, tergigit lak jagung-jagung tu.....owhh, memang sedapp. Cuma bahagian atasnya terover grill.....nasib baiklah tak hangus semua.....hehehe.
BINGKA BERAS JAGUNG
source : Bingka Beras Gula Putih Kak Fida
sharing : Iza Akma SSK
Bahan-Bahan :
1500 ml santan - drpd 2 biji kelapa parut (saya guna 800 ml santan kotak + 700 ml air)
250 g gula pasir
250 g tepong beras (cap Gajah)
50 g tepong Hoen Kue
1/2 sk esen vanilla
1 sk garam
1 cawan hirisan jagung siap direbus* (sy tambah)
Caranya :
❀ Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.❀ Masak adunan hingga pekat dan berkilat...hendaklah dikacau sentiasa supaya tk berkerak.(sy masukkan jagung bila adunan dah betul-betul masak.....kacau rata)❀ Tuang adunan ke dlm loyang yg beralas daun pisang atau setakat disapu minyak aje.❀ Bakar pula kuih di dlm oven . Bakar dgn grill dulu hingga permukaan kuih garing atau berkulit kemudian bakar dgn api bawah hingga masak -160C lebih kurang 30 min.
❀ Biarkan kuih benar2 sejuk baru boleh dipotong dan dihidangkan. Kuih ini agak lembik ketika masih panas dan akan keras tapi lembut bila sejuk dan mudah dipotong.
aduyaiii.....sib baiklah bingka beras ku tak jadi dayang senandung |
Note : Untuk half adunan saya gunakan 100gm gula pasir , 200gm santan kotak + 550gm air
3 comments:
as'salam yeyye kt rmh ni pun ank kedua xsihat demam ..cuaca x menetu skrg..balik sklh agama ptg dua tiga hari ni hujan tu yg dah dmm...mudahan cpt sembuh yee..
suka pada kuih bingka x kiralah apa jenis pun...yg ni perlu cuba lah npk menarik letak jgung
nengok pun dah tau sedap... saya akan cuba insyallah.
Salam ukhwah, saya follow bole?
Wah, bekenan nya Along tengok kuih2 macam ni. Yg part garing kat atas tu yg best.
Post a Comment