Puding Lemak Cendol
Assalamualaikum...
Cendol di gemari pelbagai golongan masyarakat serta tidak keterlaluan jika dikatakan ia minuman@dessert 1Malaysia. Ramai yang berfikir cendol asalnya dari resepi Mamak yang berhijrah dari India. Di India tak ada resepi Cendol Mamak. Cendol sebenarnya berasal dari Tanah Jawa. Dalam kurun ke-18, apabila British membuka Tanah Besar Melayu, peniaga mamak jalanan dari tanah Jawa ini kebanyakannya berhijrah ke sini terutamanya ke Pulau Pinang dan Singapura. Mereka membawa sama resepi-resepi seperti cendol dan mee rebus atau mee mamak dari Tanah Jawa sebagai hidangan jualan untuk orang tempatan yang terdiri dari orang Acheh. Orang Acheh ini satu masa dulu memang penduduk asal Pulau Pinang, sebab itulah ada jalan-jalan yang bernama Lebuh Acheh atau Kg.Aceh di Pulau Pinang. Atas kemungkinan fakta sejarah inilah menjadikan Pulau Mutiara terkenal dengan cendol dan mee mamak manakala Johor dan Kota Singa pula terkenal dengan mee rebus.
Asalnya cendol ni saya beli nak buat kuih lain.....lain pulak yang jadinya. Bila fikir-fikirkan kalau dibuat kuih, seloyang kecil pun susah nak habis. Terpaksalah saya fikirkan sesuatu yang cepat laku. Akhirnya, saya terpanggil untuk mencuba Puding Lemak Cendol ni. Daripada maklum balas dua tiga rakan blogger yang mencuba.....katanya, sedap.
PUDING LEMAK CENDOL
by Yatie@Sinar Kehidupanku
sharing : Iza Akma SSK
Bahan-Bahan :
1 cwn tepung jagung
1 1/2 cwn gula pasir
4 1/2 cwn santan (sederhana pekat)
2 helai daun pandan
500 gm cendol (tapiskan)
Cara Penyediaan :
❀ Bancuh 1 cwn tepung jagung bersama santan dan tapiskan.
❀ Masak adunan tadi dengan api sederhana.
❀ Masukkan gula pasir dan kacau hingga sebati. Adunan hendaklah sentiasa di kacau. (dalam 20 minit)
❀ Masukkan cendol yang ditapis. Gaul sebati selama 5 minit.
❀ Angkat dan tuang dalam loyang. Biarkan sejuk dalam 2 jam.
❀ Setelah sejuk bolehlah dipotong.
by Yatie@Sinar Kehidupanku
sharing : Iza Akma SSK
Bahan-Bahan :
1 cwn tepung jagung
1 1/2 cwn gula pasir
4 1/2 cwn santan (sederhana pekat)
2 helai daun pandan
500 gm cendol (tapiskan)
Cara Penyediaan :
❀ Bancuh 1 cwn tepung jagung bersama santan dan tapiskan.
❀ Masak adunan tadi dengan api sederhana.
❀ Masukkan gula pasir dan kacau hingga sebati. Adunan hendaklah sentiasa di kacau. (dalam 20 minit)
❀ Masukkan cendol yang ditapis. Gaul sebati selama 5 minit.
❀ Angkat dan tuang dalam loyang. Biarkan sejuk dalam 2 jam.
❀ Setelah sejuk bolehlah dipotong.
Ya memang tak salah lagi.....sedap.....cukup lemak manisnya. Cuma ralat sikit sebab puding yang saya buat ni terlembik sikit.....huhuhu. Masa kat atas api lagi saya dah dapat agak puding ni lembik sikit sebab dah lebih setengah jam mengacau adunan tak jugak likat-likat. Mungkin saya yang tersalah sukat kot sebab tengok rakan lain buat elok jer jadi?? Ingatan untuk saya, lain kali kena kurangkan sikit santan juga gula.....saya dah kurangkan jadi satu cawan pun masih lagi manis pada saya. Apa pun terima kasih buat penyumbang resepi.
7 comments:
Assalam Iza,
memang berlemak betul cendol tu...sedap!
Asalamualaikum Iza,
Mmg nampak sedap ni, klu masakan mamak mesti sedap kan Iza..... hehehe
Iza, nasib baik akak dah buat puding ni...mmg sedap...tp mmg manis sgt kalau x kurangkan gula kan...sedap makan sejuk2... :))
Amie,
Wassalam. Mmg berlemak amie.....sesekali tu takpe lah.....kalau selalu mau berlemak satu badan
Wattie,
W'kmsalam. Dulu mmg tak minat masak mamak2 nih.....tp skang dah terikut2 hubby ngan anak2 suka masakan mamak.....sapa nak jawab
Ummi,
Pasai dah nampak kat umah kak Ummi lah ni tergerak nak buat. Puding ni mmg sedap cuma awas tang gula.....iza suka manis2 buah jer
uwaaa dah buat gak ya puding lemak cendol ni....tq sudi mencuba..terpulanglah pada selera masing2 ya nak manis ke tidak....
Post a Comment