Sweet Potatoes Swirl Bread
Assalamualaikum...
Masih lagi projek dalam usaha menghabiskan keledek oren yang masih berbaki. Tak diusahakan takut kecut pula nanti. Jadi kena jugalah merajinkan diri dengan meroti. Petang-petang macam ni, rasa malas pula nak berceloteh panjang, dah kehabisan tenaga duk menguli roti....jari-jemari pun naik sengal-sengal dah ni.....
Okay lah, puan rumah nak berehat sekejap sambil-sambil layan tv.....
Sat lagi nak ke dapur semula untuk masak makan malam......adehhh. Jom terus ke resepi.
SWEET POTATOES SWIRL BREAD
by Frozen Wing
source : hanamemories.blogspot.com
Bahan-Bahan :
130 ml susu soya/susu segar (xtra lagi lebihkurang 20ml)
1 biji telur
200 gm keledek (kukus & lenyek)
300 gm tepung roti
155 gm tepung gandum
8 gm yis
40 gm badam kisar
5 gm garam
2 tbsp butter
Cara Penyediaan :
❀ Satukan susu dan telur. Kacau.
❀ Dalam mixer bowl/BM, satukan tepung roti, 65gm tepung gandum, yis, badam kisar dan garam. Masukkan susu+telur sedikit demi sedikit dan teruskan memutar hingga doh smooth. Masukkan 1 sudu besar butter dan uli lagi hingga betol2 lembut dan elastik.
❀ Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Tinggalkan 1 bahagian dalam mixer bowl dan masukkan keledek lenyek , 90g tepung gandum, 1 sudu besar butter dan sedikit pewarna oren. Uli lagi hingga doh lembut dan tidak melekat. - akceli adunan nih sedikit melekat, jangan bubuh tepung lagi.....nanti masa canai baru main dengan tepung. dikhuatiri roti akan keras jika terlebih tepung.
❀ Bulat2kan kedua2 doh ke dalam mangkuk berasingan. Tutup dengan kain/plastik wrap dan biarkan doh naik dua kali gannda lebih kurang 40min.
❀ Tumbuk2kan doh untuk keluarkan udara, taburkan tepung ke atas papan canai. Canai kedua2 doh dengan ketebalan lebih kurang 1inci dan sama besar . Letakkan doh plain ke atas doh keledek. Gulung dengan kemas. Dan masukkan doh ke dalam loaf tin. Naikkan doh sekali lagi lebih kurang 40min lagi hingga double size.
❀ Panaskan oven suhu 170C, bakar selama 30min atau hingga roti masak. Sejukkan di atas redai baru potong.

4 comments:
salam iza...sedapnya kalau org bg roti tu utk cicah ngan air kopi ptg2 cmni....hihihihi
cantiknya roti.....warnanya sungguh menarik! tapau sekeping ye nak buat teman dengan secawan teh panas!
Cantiknya hasil kejadian roti ni...kaler pun menarik...:)
salam kak iza.. cantiknyer roti tu..
Post a Comment