InsyaAllah....Ada Rezeki Jumpa Lagi
Assalamualaikum....
Telah seminggu lebih SSK menyepi.
Selama seminggu itu juga lah diri duduk memikir...apakah betul keputusan yang dibuat.
Walaupun berat SSK terpaksa akur untuk terus dengan keputusan yang diambil.
Tak tahu nak dikata apa lagi.
Tak tahu nak dikata apa lagi.
Cuma yang dapat dikatakan, SSK akan berundur seketika
sehinggalah ke satu masa yang akan diberitahu kelak atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
SSK ucapkan berbanyak terima kasih pada kesemua teman-teman yang setia mengunjungi dapur maya ini mengikuti@membaca setiap bicara yang dikongsikan.
Setinggi penghargaan juga SSK ucapkan kepada mereka yang sudi meninggalkan komen yang adakalanya begitu mencuit hati dan membuatkan diri ini tersenyum tertawa sendirian.
Jika ada salah silap, terkasar bahasa sepanjang SSK menyusun bicara di laman ini,
melontarkan komen dan pandangan di blog teman-teman serta mengulas komen-komen teman di sini....
SSK menyusun jari sepuluh pohon dimaaf segalanya.
Mengenali kalian sedetik cuma walau hanya di alam maya merupakan pengalaman indah, memberikan seribu kenangan manis yang mana akan terus diingati sampai bila-bila.
SSK menyusun jari sepuluh pohon dimaaf segalanya.
Mengenali kalian sedetik cuma walau hanya di alam maya merupakan pengalaman indah, memberikan seribu kenangan manis yang mana akan terus diingati sampai bila-bila.
Sebelum mengakhiri, SSK tinggalkan anda semua dengan serangkap pantun.
Jika Ada Sumur Di Ladang
Boleh Kita Menumpang Mandi
Jika Ada Umur Panjang
Boleh Kita Bersua Lagi
9 comments:
Assalam kak iza,alahai nape nak stop kak,stop kejab utk settlekan apa yg patut dahla kak eks,xbestlah kalo stop lama2 kak.Tenangkan hati n fikiran dulu kak ya,pasnih teruskan berblogging ya kak..
Assalam iza,
alahai , baru akak buka blog akak iza pulak nak stop..harap2 sekejap ajelah ya..mungkin sebab anak2 nak exam ni kot..tak apalah iza..take your time ya..akak sentiasa menanti..
walaupun kadang2 jarang tinggalkan comments tapi ada juga singgah tengok dapur iza ni....
apa2 pun akak pun nak ucapkan terimaksih for all the support during kejadian tempoh hari ya..thank you for being there, my dear friend..
Salam kak,
ke mana akak akan pergi, baru je nak kenal2 ngan akak..
Huuuu....pasti semua rindu kat SSK nanti... Apapon semoga dipermudahkan segala urusan dan bahagia selalu...
Assalamualaikum Iza,
Akan tetap setia menanti kemunculan Iza semula......semuga Allah mempermudahkan segalanya. Terimakasih diatas sokonganmu selama ini, gonna miss u......take a good care of ur self.....
Salam....semuga kita bertemu lagi. Saya juga mohon kemaafan sekiranya dalam komen komen ada salah silap bahasanya. Apapun harap semuga awak dapat berblogging semula.
IZA,
jangan lama lama menyepi,nanti rindu ngan akak..take care yer..
nak cari resipi nanti akak dtg lagi kesini...
take care yer
YE LE ... JGN LE STOP TERUS BLOGGING AKAK .... APA PUN APA YANG AKAK FIKIR TERBAIK UNTUK AKAK, SAYA DOA KAN SEMOGA MENDAPATKAN YG TERBAIK JUGA...
Terima kasih tak terhingga pada semua sahabat yang ikhlas hati memberikan sokongan pada SSK. Moga sokongan padu dan doa kalian akan menjadi pembakar dan pencetus semangat buat SSK untuk terus berada di sini....luv u alls
Post a Comment