BUBUR CANDIL PISANG
.... السلام عليكم
Hari ini 4 Ramadan, bermakna dah empat hari kita berada di bulan Ramadan, bulan suci yang penuh rahmat, keberkatan dan pengampunan oleh Allah SWT. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyebut, "telah datang kepadamu bulan Ramadan, penghulu segala bulan, maka sambutlah kedatangannya dengan penuh kegembiraan."
Ramadan berasal dari perkataan 'ramida' atau 'ramad' yang bermaksud cuaca panas terik atau kemarau yang keterlaluan, yang membakar tanah. Suatu metafora rasa panas di dalam perut di sebabkan menahan dahaga. Panasnya Ramadan kerana ia berfungsi membakar dosa-dosa lalu dengan memohon keampunan Allah SWT dan melakukan amalan-amalan soleh sepanjang bulan ini. Rasullah SAW bersabda, "Allah berfirman, 'Setiap amalan anak Adam adalah untuk anak Adam itu sendiri, melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu bagi-Ku, dan Aku mengurniakan balasan bagi puasanya itu."
Semoga kita diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik oleh-Nya untuk melengkapkan puasa sebulan ini. Kelebihan dan keistimewaan Ramadan yang tibanya setahun sekali ini seharusnya dihayati untuk kita lakukan acara ibadat dengan sebanyak mungkin serta mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa, Pencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya. Kita tidak memiliki apa-apa dan kita juga bukan milik sesiapa selain Dia. Dia lah yang memiliki jiwa-jiwa kita dan segala yang ada di langit dan di bumi. Sedarlah bahawa kita akan kembali, kerana pemilikan Dia adalah sebuah pemilikan tunggal, hakiki dan abadi.
Bubur candil ada macam-macam versi. Selain versi asal yang hanya menggunakan tepung pulut semata, ada juga yang ditambah dengan keledek dan labu. Jadi untuk versi kali ini, iza tambahkan pisang....saja suka-suka cipta kelainan. Pada fikiran iza kalau keledek atau labu boleh kenapa tidak pisang kann. Maka akhirnya menjelmalah bubur candil pisang sebagai menu berbuka puasa iza sekeluarga semalam. Okaylah, tak nak cerita banyak, jom semak resepi...
BUBUR CANDIL PISANG
source : Iza Akma SSK
BAHAN-BAHAN :
CARANYA :
❀ Gaul tepung pulut dan pisang hingga rata. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan kepada dua bahagian. Bubuh pewarna dan uli hingga rata. Bentukkan kepada bebola kecil.
❀ Kemudian masukkan bebola tersebut ke dalam air yang mendidih dan biarkan sehingga terapung.
❀ Dalam periuk lain, masakkan santan, sagu, gula merah, gula pasir, daun pandan dan garam. Tunggu sehingga sagu masak.
❀ Setelah itu masukkan bebola pisang tadi. Kacau sehingga sebati.
❀ Sedia untuk dihidang.
source : Iza Akma SSK
BAHAN-BAHAN :
- 100 gm pisang, dilenyek > iza guna 2 biji pisang berangan masak ranum
- 120 gm tepung pulut
- air secukupnya
- pewarna kuning & hijau
- 450gm santan (150gm santan pekat + 300gm air)
- 20 gm biji sagu
- 1 sudu kecil gula merah
- gula pasir secukupnya
- 1 helai daun pandan, disimpul
- sedikit garam
CARANYA :
❀ Gaul tepung pulut dan pisang hingga rata. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan kepada dua bahagian. Bubuh pewarna dan uli hingga rata. Bentukkan kepada bebola kecil.
❀ Kemudian masukkan bebola tersebut ke dalam air yang mendidih dan biarkan sehingga terapung.
❀ Dalam periuk lain, masakkan santan, sagu, gula merah, gula pasir, daun pandan dan garam. Tunggu sehingga sagu masak.
❀ Setelah itu masukkan bebola pisang tadi. Kacau sehingga sebati.
❀ Sedia untuk dihidang.
9 comments:
sgt tgoda tgk bubur candil..bahagia rasa kalau dpt mrasa ketika bbuka nti...terasa2 dh kt tekak ni...opss lupa posa..hehe
salam ramadhan kak...sedap tgk bubur candil ni.ada psang lak tu menarik sgt:)
Assalamualaikum Iza, selamat berpuasa... Amboiii terliur tauu akak tengok bubur candil pisang ni...rasa mcm nak buat jugak...terasa2 jek ni ha...Harap2 ada peluang buat ni...thanks ya Iza share...menarik sekali.. muaahhh!
Assalamualaikum Iza,
Nampak sungguh sedap dan menarik, kalaula dapat segelas alangkah bestnya. Salam ramadhan dan selamat berpuasa buat Iza sekeluarga
@Qasey Honey
bubur candil mmg sedap QH kann nak2 mkn buka puasa...
@Nieza
salam ramadhan..itulah biasa labu/keledek, yg ni iza olah tambah pisang..wallaah
@Ummi
W'kmsalam & selamat berpuasa kak Ummi. Takpe kak ummi wat satu2..tentunya list kak ummi dah berdepa2 panjangnya tu... ;)
@Wattie
W'kmsalam kak Wattie,
Insyaallah sedap kak..iza mkn pun sambil pejam2 mata..hehheh..
Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa juga buat kak Wattie sekeluarga..moga amalan kita diberkati oleh-Nya.
Assalam iza,
roti saj ni memnag dah lama masuk list tapi belum ada chance nak buat..ramai juga yang dah try..
sedap namapk kari iza tu..gamabr pun makin hari makin cantik..suka akak tengok..selamat berpuasa pada iza & family ya..
Post a Comment