BISKUT COKLAT CHIPS RANGUP
.... السلام عليكم
Dah jadi kebiasaan, baik raya puasa mahupun raya haji....biskut tetap kena ada selain juadah-juadah yang lain. Tapi untuk raya haji selalunya cuma buat biskut yang simple-simple jer....yang penting sedap dan menjadi kegemaran seisi rumah.
Untuk biskut iza lebih suka guna marjerin planta berbanding marjerin jenama lain. Ini kerana dengan planta akan buatkan kuih, biskut dan kek tu harum semerbak dengan rasanya yang sedap dan lebih lemak berkrim. Teringat nostalgia zaman kecil-kecil dulu, samada musim raya atau tidak stok planta wajib sentiasa ada. Setiap bulan bila bonda menyenaraikan barang keperluan dapur yang perlu dibeli....marjerin planta pasti tak ketinggalan. Kalau nak raya pulak jangan cakaplah, bonda siap beli marjerin planta tin hak paling besar sekali tu untuk buat biskut dengan kek. Usahkan kek biskut....apa saja kuih yang menggunakan marjerin pasti bonda akan gunakan planta....even sapu atas roti pun guna planta.
Itu cerita dulu....cerita hari ni lain pula. Dek tertarik dengan iklan dan promosi yang masing-masing duk canang produk mereka....pernah jugaklah iza curang sekali dua....cuba-cuba tukar jenama....tapi akhirnya balik semula guna asal. Bukan nak kata jenama lain tak bagus tapi sebabnya lidah ni yang sebati sangat dah dengan rasa planta. Walaupun harganya sikit mahal berbanding jenama lain namun ia tetap menjadi pilihan kami sekeluarga....punyalah setianya kami dengan planta hinggalah ke hari ni....jangan mare jenama lain-lain tu yer.
Begitulah istimewanya planta pada kami. Jika sebelum ni tradisi menggunakan planta iza warisi daripada bonda tapi tradisi kesetiaan tu kini turun pula pada anak-anak. Ehhh....banyak pulak celotehnya....jomlah iza nak cerita sikit pasal biskut ni lak.
Biskut ni merupakan resepi Datuk Redzuawan Bin Ismail atau lebih dikenali seantero dunia dengan panggilan Chef Wan. Resepi iza tukil daripada buku masakan beliau " Juadah Manisan Istimewa" yang menghimpunkan lebih daripada 200 resepi dessert dan pastri. Koleksi resepi yang terkandung dalam buku tersebut sesuai sekali dihidangkan sebagai sarapan, minum petang bersama keluarga, rakan-rakan atau untuk memeriahkan sesuatu majlis istimewa.
Kesedapan biskut ni memang dah dijangka kerana resepi-resepi chef Wan selalunya tidak mengecewakan. Warna biskut choc chips ni akan jadi kehitaman setelah masak walau hanya menggunakan serbuk koko biasa....so tak perlulah nak gatai-gatai tangan duk tambah coklat emulco ya....rasa coklatnya semua dah cukup di situ. Ditambah lagi dengan kerangupannya membuatkan biskut ni sungguh enak untuk dinikmati oleh sesiapa saja, di mana jua. Dengan sekelip mata gerenti akan boleh habis sebalang. Tak caya....cubalah....
Resepi BISKUT COKLAT CHIPS
:: by Chef Wan Ismail
source : Iza Akma SSK
Dengan mesin pengadun putar mentega pada kelajuan tinggi. Campur esen vanila dan kedua-dua jenis gula dan pukul sehingga gebu. Masukkan telur. Kurangkan kelajuan ke paras rendah, masukkan koko sambil dipukul diikuti dengan susu.
Di dalam mangkuk lain, gaulkan tepung dengan baking soda sehingga rata menggunakan senduk kayu. Campurkan kekacang, kurma dan coklat chip, kacau rata-rata. Masukkan ke dalam adunan mentega dan adun rata-rata.
Bulat-bulatkan adunan dengan sudu teh. Atur di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 175C selama 12-13 minit atau ikut suhu oven masing-masing. Sejukkan biskut selama 2 minit sebelum diangkat dari dulang pembakar.
:: by Chef Wan Ismail
source : Iza Akma SSK
Bahan-Bahan :
- 1 cawan mentega tanpa garam
- 1 cawan gula kastor > iza sukat 3/4 cwn jer
- 1/2 cawan mampat gula perang gelap > iza sukat biasa jer...tak mampatkan pun
- 1 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 1/3 cawan serbuk koko
- 2 sudu besar susu segar
- 1 3/4 cawan tepung gandum > iza guna cookies flour
- 1/4 sudu teh soda bikarbonat
- 1 cawan kacang pecan atau walnut ~ dicincang > guna whole almond...tu jer stok yg ada...bakar & cincang kasar
- 70 gm buah kurma ~ dicincang
- 1 cawan coklat chip separuh manis > guna dark coklat chip
Caranya :
Dengan mesin pengadun putar mentega pada kelajuan tinggi. Campur esen vanila dan kedua-dua jenis gula dan pukul sehingga gebu. Masukkan telur. Kurangkan kelajuan ke paras rendah, masukkan koko sambil dipukul diikuti dengan susu.
Di dalam mangkuk lain, gaulkan tepung dengan baking soda sehingga rata menggunakan senduk kayu. Campurkan kekacang, kurma dan coklat chip, kacau rata-rata. Masukkan ke dalam adunan mentega dan adun rata-rata.
Bulat-bulatkan adunan dengan sudu teh. Atur di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 175C selama 12-13 minit atau ikut suhu oven masing-masing. Sejukkan biskut selama 2 minit sebelum diangkat dari dulang pembakar.
choc chips cookies sedang berposing.... dengan warna kehitamannya yang menawan kalbu.... |
25 comments:
wow yummy..first time here..
happy to follow u...
glad if u do the same..
http://subhieskitchen.blogspot.co.uk/
sedapnya kukis...
looks crunchy & yummy...
Sedappp je nmpkmkukis niii
@Subhie Arun
tq subhie for your first time here and be my follower...
sedapnya biskut ni cuba anda wat n rasa. sedap.......
salam.bakar biskut guna api atas dn bawah ke,atau api bawah je?biskut tu nampak sdp sgt..
@Al-Hakim Shop
Salam..
Untuk biskut biasanya saya bakar guna api atas & bawah + kipas kecuali setengah2 biskut saja saya guna api bawah...selama 45-50 minit dengan suhu rendah....setelah 20 minit pusingkan.
Dgn cara bakar begini akan menghasilkan biskut yg betul2 rangup dan tahan lama.
Biskut ni mmg sedap. Raya pun dah tak berapa lama lagi boleh lah cuba...mana tau akan disukai seisi keluarga. Biskut begini sebenarnya tak perlu tunggu raya kan....tak raya pun boleh buat sebagai kudapan.
okay Al-Hakim Shop...Selamat Mencuba.
Salam
iza, nak tnya kalau letak soda tu 1/2 sudu kecil ade masalah ke pada biskut tu?
I'm looking for chef wan's chocolate chip recipe yang pernah keluar dalam buku keluaran cornflakes bila beli cornflakes masa raya seketika dulu. Tak pakai telur tapi air. Ada sesapa yang ada resipi tu tak? Pls email the recipe to me ye..fhashim68@yahoo.com
@Noora
Salam. Mengapa perlu letak 1/2 tsp soda sedangkan chef wan pun cuma letak 1/4 tsp. Soda tu adalah satu drpd bahan asas so please jgn ubah bahan asas pada resepi. Yang boleh ubah cuma bahan sampingan macam coklat chip, kekacang, buah kering...yg ni boleh ubah ikut citarasa.
Guna butter pon boleh ke?
Resipi yg menarik.. X sabar nk mencubanya.. Tq
boleh tak list kan jenama yang u gunakan as i baru first time nak buat biskut semuani
dh cuba dh resepi ni.. mmg sedap... cuma xde kurma sbb xde stok.. tp next time mesti cri kurma... tq kongsi resepi...
Biskut ni memang sdap.. Thanks kak iza. Bg saya manis sket, so kena kurgkan gula kalau nak buat nxt time hehe. Da prnah try 2 kali, raya thun lpas n 2 thun lpas. Smpaikan kwn adk sy dr u bwk blek sbalang btol kcik nk bwk ke u katanye. Raya thun ni nk buat lg.. Hee. Thnks again!
Salam.
kak iza, apa sebab bila dh disejukkan kukis xrangup ye?
@Anonymous
Wasalam. Tak rangup? Selama kak iza buat cookies ni tak pernah pulak jadi tak rangup bila sejuk. Ada kemungkinan cookies jd tak rangup kerana tak dibakar dengan sempurna
Pada yg dah try cookies ni, tkasih semua....
Am really happy received feedback from those had tried
Assalam kak iza..bncuhan ni boleh dpt berapa keping ye? Kalau nk buat byk kne double kn bahan termasuk telur ke? Pastu nk tnya kalau utk mkn raya boleh tak buat skrg? Atau awal sgt nk buat..hehe..byknya tanya..tq kak iza
Dah try buat hari ini.. saya guna butter.. memang jadi n rangup.. cuma gula kena kurangkan sikit. Tq kak Iza kongsi resepi ini.
Kalau tak letak susu, takpe ke?
Saya dah try, sangat menjadi. Terima kasih sebab share
Assalamualaikum..sy DH try bt.. ramai kta sdap..alhamdulillah JD..Ada yg request supaya sy bt utk dijual..tq
Brapa suhu nk kena pakai yep
Post a Comment