CRANBERRY & COCONUT CAKE
.... السلام عليكم
Dua tiga hari ni, tekak bagaikan terasa-rasa nak makan kek. Memang patut pun rasa camtu....dah lama tak membaking kisahnya. Pagi tadi masak awal. Lepas siap habis masak semua....tengok bahan kek pun cukup tanpa lengah-lengah terus buat. Buat kek tak susah....asalkan resepinya betul dan timbangan bahan-bahannya tepat kek pasti jadi.
Dulu zaman anak dara, kalau bonda suruh buat kek resepinya guna cawan. Mana taknya resepi orang-orang lama dulu baik kuih, kek, biskut, lauk-pauk hampir semuanya guna cawan....payahlah nak jumpa resepi dalam metrik. Jika ditanya nenek-nenek atau mak-mak kita, rata-rata cawan jadi pilihan berbanding timbang-timbang nih. Mungkin sebab dah terbiasa maka tiada masalah pada mereka....tapi akan jadi masalah pada yang tak biasa....betul kan.
Zaman kian berubah. Banyak buku-buku dan majalah masakan hari ini memuatkan resepi yang menggunapakai sukatan metrik....samada resepi tu resepi baru ataupun resepi lama yang diolah semula sukatannya. Lagipun sekarang penimbang digital dah banyak di pasaran menjadikan kerja memasak, membaking lebih senang. Pada iza dua-dua ok jer tapi lebih selesa lagi guna penimbang digital sebab lebih mudah, lebih tepat dan paling penting biar beribu kali pun kita buat hasilnya maintain sama tak kurang tak lebih.
Resepi ni ambil dah lama dah....daripada fb Puteri Manja. Gara-gara tergoda baca komen Puteri lah ni buatkan iza laju jer copy. Selain cranberry, iza tambahkan juga dengan sedikit kulit limau yang terdapat dalam mixfruit.
Masa kek tengah bakar lagi harum wangian kek dah memenuhi ruang dapur sebab kelapa tu yang menambah naikkan aromanya. Kalau dah macam tu punya harum confirmlah sedap. Tak sabar pulak nak potong rasa. Kek gaya camni memang sedap makan panas-panas. Tapi kena tunggu sejuk sikit dulu....kalau panas-panas potong takut kek berderai tak cantik pulak kan.
Lepas sejam gitu, bermulalah operasi bedah siasat. Weeee....cantik sempurna kejadian kek ni....rasanya no komen...sedap sangat. Selalunya kek yang ada kelapa, teksturnya sedikit kasar dan kering. Tapi tidak kek ni. Resepi ni menghasilkan kek yang moist dan lembut. Rasa masam masam manis cranberry dengan kulit limau tu mengimbangi rasa lemak kek menjadikan ia tak muak dimakan. Tq Puteri....izinkan resepi ni berada di SSK pula ya :)
CRANBERRY & COCONUT CAKE
source : Iza Akma SSK
200 gm gula kastor
1/2 sdt esen vanila / esen kelapa
40 gm cranberry
300 gm sour cream / yogurt
80 gm susu segar
Masukkan Bahan B satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang dan sebati.
Masukkan Bahan C dan digaul rata.
Masukkan pula Bahan D, selang selikan tepung dengan bahan basah sebanyak dua kali.
Bakar dalam acuan 8 inci atau 8.5 inci selama 170C-180C selama 40-45 minit.
source : Iza Akma SSK
Bahan A :
130 gm butter200 gm gula kastor
1/2 sdt esen vanila / esen kelapa
Bahan B :
2 biji telur (A)Bahan C :
40 gm kelapa kering40 gm cranberry
Bahan D :
230 gm tepung naik-sendiri300 gm sour cream / yogurt
80 gm susu segar
Caranya :
Pukul Bahan A hingga kembang.Masukkan Bahan B satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang dan sebati.
Masukkan Bahan C dan digaul rata.
Masukkan pula Bahan D, selang selikan tepung dengan bahan basah sebanyak dua kali.
Bakar dalam acuan 8 inci atau 8.5 inci selama 170C-180C selama 40-45 minit.
1 comment:
Salam tuan rumah...apa khabar?
Nampak sedap la kek tu...kalau pekena teh "O" panas memang mantap....
Post a Comment