LUSCIOUS CHOCOLATE PUDDING
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Waktu zaman kanak-kanak kita sering dikhabarkan coklat sebagai makanan ringan yang tidak punya kualiti pemakanan, menyumbang pada kegemukan dan kerosakkan gigi. Bila dah selalu disogokkan dengan tanggapan sebegitu cara tak langsung ianya terus sebati kukuh di ingatan....sedaya mungkin mengelak diri dari memakan coklat sehinggalah usia menginjak dewasa. Kemudian bila dah punya anak, kita pula memanjangkan tanggapan sedemikian pada mereka. Ooohhh, tidak! Semua persepsi tu negatif semata.
One gud news to all chocolate lovers! Coklat dikatakan berkhasiat dan menyumbang diet yang seimbang kepada penggemarnya kerana mengandungi protein, karbohidrat, lemak, tenaga dan beberapa vitamin serta mineral yang diperlukan.
Coklat dan serbuk koko kaya dengan antioksidan seperti phenols yang membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Malah antioksidan yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas, ia turut menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan arteri jantung tersumbat.
Lemak koko dalam coklat mengandungi asid oleik, sejenis asid lemak tidak tepu yang berfungsi merendahkan paras kolesterol dalam darah. Sementara asid sterik, asid lemak tepunya pula berkesan dalam meneutralkan paras kolesterol.
Selain baik untuk tubuh, ia juga baik untuk gigi. Coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik. Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria inilah puncanya kerosakan gigi dan plak merupakan sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria itu.
Bila mengunyah coklat, pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut. Ini kerana lemak koko dalam coklat mempunyai ciri-ciri yang membolehkan ia mudah cair dalam mulut. Kasein bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid di samping membantu dalam pertumbuhan gigi. Asid oksalik pula merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.
Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan serta mengurangkan risiko jangkitan selsema dan ia mengandungi bahan seperti ubat penenang yang menjadi penahan sakit serta meningkat tahap rasa kesihatan kerana coklat mengeluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.
Justeru, coklat amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti rekreasi yang lain. Selain itu, coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.
Ada yang kata perempuan ni sukakan coklat. Betul ker? Rasanya tak kot....tak semua macam tu. Sebabnya penulis dapur maya ni pun tak suka coklat. Belilah dan makanlah apa coklat sekalipun....sikit pun tak terguder u....sorry, langsung tak minat coklat. Even kek coklat pun kureng....sebab tu u olz tengok kan kek kek coklat boleh di kira entrinya di sini....hehehe. Kalau buat pun untuk anak anak and suami....kita ni dapat sepotong dua pun dah cukup....yang lain tu biar diorang kasi habis.
Puding ni buat atas permintaan Puteri. Dia nakkan puding yang cekelat cekelat....biasalah budak-budak. Dah beberapa kali jugaklah buat puding ni....baru ni nak masukkan. Puding ni ada segala perisa coklat di dalam sebab tu rasanya kaya betul dan penuh rasa coklat.
O....Oooo.! Leka jari jemari berlari di keyboard tak sedar dah panjang berjela coretan untuk hari ini. Moh ler kita nengok apa bahan-bahan untuk puding ni....moh.
LUSCIOUS CHOCOLATE PUDDING
by Iza Akma SSK
900 gm air
100 gm gula kastor
25 gm serbuk koko
300 gm susu sejat
300 gm non-dairy chocolate whipping cream
125 gm dark cooking chocolate ~ dipotong kecil supaya mudah larut
sedikit saja garam ~ untuk menambah rasa lemak
Masukkan gula dan biarkan sehingga gula larut.
Masukkan serbuk koko. Kacau menggunakan whisk supaya koko tersebut mudah sebati dengan agar-agar.
Bila dah rata masukkan pula susu sejat, garam, whip cream dan coklat masakan. Masak dan kacau sentiasa sehingga semua bahan tersebut serata dan sebati.
Tuangkan ke dalam acuan yang digemari.
by Iza Akma SSK
Bahan-Bahan :
20 gm agar-agar tali900 gm air
100 gm gula kastor
25 gm serbuk koko
300 gm susu sejat
300 gm non-dairy chocolate whipping cream
125 gm dark cooking chocolate ~ dipotong kecil supaya mudah larut
sedikit saja garam ~ untuk menambah rasa lemak
Caranya :
Rebus agar-agar bersama air sehingga larut (air bergantung pada brand agar-agar yg diguna).Masukkan gula dan biarkan sehingga gula larut.
Masukkan serbuk koko. Kacau menggunakan whisk supaya koko tersebut mudah sebati dengan agar-agar.
Bila dah rata masukkan pula susu sejat, garam, whip cream dan coklat masakan. Masak dan kacau sentiasa sehingga semua bahan tersebut serata dan sebati.
Tuangkan ke dalam acuan yang digemari.
Buat dua versi.....satu biasa dan satu lagi layerkan biskut
3 comments:
hmmmm.... nyam2x
assalam iza
dari dulu suker coklat he he masa sekolah rendah masa tu yg ada coklat kandos yg harganya cuma 20 sen kot he he sedappp
byk khasiatnya kan, yg tak tahu cuma tau makan je he he
makan sejuk2 sedapnya
duhai sedapnya bila terpandang puding ni...nyaman alur tekak..
Post a Comment