URAP JANTUNG PISANG LADA HITAM
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Mesti ramai antara anda pernah menikmati menu sebegini atau yang sewaktu dengannya ini di restoran, kedai-kedai makan ataupun daripada airtangan anda sendiri.
Lauk-lauk tradisi sememangnya kita cari-cari dalam memenuhi selera terutamanya ketika bulan puasa. Maka pada Ramadhan yang ke-22 ini saya nak ketengahkan berkongsi dengan anda satu hidangan tradisi yang tak kurang hebatnya iaitu Urap Jantung Pisang.
Sebelum saya berjumpa dengan resepi ni, selalu juga saya makan urap macam ni ketika menjamu selera diluar..... memang suka sangat. Masa tu nak buat sendiri belum ada keyakinan tak berapa pasti bahan ramuannya.
Setelah mencuba resepi daripada Pak Engku ni..... barulah tahu rupanya mudah dan murah aje bahan-bahannya. Walaupun mudah tapi rasanya wallah. Bukan bulan puasa jer sesuai bulan tak puasa pun boleh. Nak makan dengan nasi atau nak ratah macam tu saja pun suka suka hati sebab dua-dua sedap.
Siapa nak lebih pedas bubuh lah lada hitam lebih-lebih. Lagipun aroma lada hitam dan udang kering itu lah yang menambahnaikkan aroma urap ni menjadi lebih bertambah-tambah enak. Pada peminat urap jangan lupa mencuba, okay.....
Resepi URAP JANTUNG PISANG LADA HITAM
by Iza Akma SSK
source ~ Santapan Lauk Pauk Tradisi Pak Engku
1 labu bawang merah besar*
9 tangkai cili api*
1 batang serai* (* hiris )
1 sudu besar udang kering**
Sedikit lada hitam** (** tumbuk )
300 ml santan
Secubit garam@secukup rasa
Masukkan santan, bahan hiris dan udang kering tumbuk ke dalam periuk. Didihkan seketika menggunakan api kecil.
Setelah mendidih, masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
Apabila kuah santan hampir pekat, masukkan hirisan jantung pisang. Jangan masak terlalu lama.
Angkat dan hidangkan.
by Iza Akma SSK
source ~ Santapan Lauk Pauk Tradisi Pak Engku
Bahan-Bahan :
1 biji jantung pisang abu ~ direbus1 labu bawang merah besar*
9 tangkai cili api*
1 batang serai* (* hiris )
1 sudu besar udang kering**
Sedikit lada hitam** (** tumbuk )
300 ml santan
Secubit garam@secukup rasa
Caranya :
Jantung pisang direbus sehingga empuk. Toskan dan hiris kasar.Masukkan santan, bahan hiris dan udang kering tumbuk ke dalam periuk. Didihkan seketika menggunakan api kecil.
Setelah mendidih, masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
Apabila kuah santan hampir pekat, masukkan hirisan jantung pisang. Jangan masak terlalu lama.
Angkat dan hidangkan.
2 comments:
Bestnyaaa...
boleh buat ni klu ada jantung pisang...
Post a Comment