BISKUT RED VELVET COKLAT CHIPS / RED VELVET CHOCOLATE CHIP COOKIES
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Populariti biskut coklat chips di kalangan ramai memang tidak disangkal lagi. Sebut saja biskut coklat chips ramai yang dah terbayangkan kukis yang beraroma harum yang dipenuhi dengan cip coklat dan kekacang. Jika ke pasaraya dan melalui pula kawasan jualan coklat chip famous amos pastinya keharuman kukis ini mengekori deria bau kita biarpun telah melepasi sehingga beratus langkah.
Dan sekarang idea pembuatan biskut cip coklat maju setapak lagi dengan mengambil ilham daripada kek red velvet..... kek si baldu merah tu. Campuran warna merah dengan serbuk koko dalam kek tersebut telah mencetuskan inspirasi baru kepada terciptanya Red Velvet Chocolate Chip Cookies (RVCCC).
Walaupun RVCCC ni masih baru tapi jangan tak tau dah ramai peminatnya tau. Jika tidak masakan kukis ni famous di laman fb. Ramai yang dok tayang RVCCC yang depa buat. Saya terfikir juga apasal ek ramai yang taknak ketinggalan mencuba. Daripada pening-pening kepala tertanya-tanya sendirian apakah istimewanya, bagaimana rasanya..... baik sendiri cuba baru tahu.
Ada beberapa resepi dah dikumpul tapi untuk permulaan saya bikin resepi ini dulu, resepi kak Sha @ Shahriah Abdullah Novelis.Pada pengamatan saya kan, rasa kukis ni not bad..... sedap..... ceria mengancam dengan warna merahnya. Agaknya kan kot-kot lah ada esen red velvet di pasaran boleh bubuh ni ganti vanila..... confirm rasanya lagi malatops..... hehhehe.
Untuk RVCCC ini, saya gantikan kismis dengan cranberry. Setelah dicubarasa, saya lebih suka kiranya penggunaan buah kering itu diabaikan saja dan lebihkan penggunaan chips..... boleh campurkan cip coklat dengan cip putih. Tapi perlu diingat jika lebihkan chips dan chips tu pula manis, sila kurangkan gula. Membakarnya pun ada dua cara sama ada nak crispy keseluruhan atau just crispy di luar lembut di dalam..... terpulang ikut citarasa.
Resepi BISKUT RED VELVET COKLAT CHIP (Red Velvet Chocolate Chip Cookies)
by Iza Akma SSK
rcp source ~ Sajian Istimewa Shahriah Abdullah
source ~ Phong Hong Bakes
100 gm gula perang
50 gm gula kastor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
250 gm tepung gandum*
1 sudu besar susu tepung*
20 gm serbuk koko* (* ayak )
Secubit garam
200 gm coklat cips
200 gm badam cincang
100 gm kismis (jika suka)
1 sudu teh pewarna merah (sy guna warna bright red)
Dalam satu bekas, campurkan pewarna merah dan esen vanila dengan telur. Kacau rata. Masukkan dalam adunan butter. Pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan susu tepung, coklat cips, badam cincang dan kismis. Kacau rata.
Masukkan campuran tepung yang diayak sedikit demi sedikit hingga dapat adunan yang lembut.
Sudukan atau jemput-jemputkan adunan dengan hujung jari dan susun atas dulang pembakar.
Bakar dengan suhu 170C selama 15-20 minit (ikut oven masing-masing).
by Iza Akma SSK
rcp source ~ Sajian Istimewa Shahriah Abdullah
source ~ Phong Hong Bakes
Bahan-Bahan :
200 gm butter100 gm gula perang
50 gm gula kastor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
250 gm tepung gandum*
1 sudu besar susu tepung*
20 gm serbuk koko* (* ayak )
Secubit garam
200 gm coklat cips
200 gm badam cincang
100 gm kismis (jika suka)
1 sudu teh pewarna merah (sy guna warna bright red)
Caranya :
Pukul butter, gula perang, gula kastor dan garam sehingga kembang dan putih.Dalam satu bekas, campurkan pewarna merah dan esen vanila dengan telur. Kacau rata. Masukkan dalam adunan butter. Pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan susu tepung, coklat cips, badam cincang dan kismis. Kacau rata.
Masukkan campuran tepung yang diayak sedikit demi sedikit hingga dapat adunan yang lembut.
Sudukan atau jemput-jemputkan adunan dengan hujung jari dan susun atas dulang pembakar.
Bakar dengan suhu 170C selama 15-20 minit (ikut oven masing-masing).
6 comments:
gula perang yg mcm gula pasir tu atau yg ketul2 bulat atau yg warna perang pekat?
Gula perang tu yg mcm gula pasir..klo gula ketul bulat tu..org pggl gula melaka..or gula kabung..
Tq ´`•♥ »t3h4h«♥•´`• tolong jawabkan. Yes betul....gula perang tu yg mcm gula pasir
Kalau tak guna gula perang tpi guna gula pasir biasa effect tk kuih ?
Salam...nak tanye,,,kalau gune tepung kek red velvet BAGUS tu boleh ke...cume tambah kekacang jer..x sabar plak nak wat..tq
Salam ,...kalau gune tepung kek bagus red velvet tu boleh ker...TQ
Post a Comment