Krup... Krup... Rangupnya POPIA KACANG
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Alhamdulillah bersua kembali hari ini, 8 Syawal 1434H. Masih lagi dengan suasana raya.
Raya haritu adalah buat tiga empat jenis kuih raya dengan dua jenis kek. Semua kuih raya tu dah pun saya masukkan di sini cuma ada dua aje yang tertinggal..... tak sempat. Kebetulan hari ini ada masa terluang sikit dapatlah saya masukkan entri yang tertangguh haritu.
Pasti ramai yang dah familiar dengan popia nestum atau popia horlick, bukan. Saya juga pernah buat popia bersira horlick dengan nestum untuk raya haji tiga tahun lepas. Sedap..... krup krap, krup krap!
Seminggu sebelum raya, saya beli dua pek kulit popia sebab berniat nak buat popia tu lagi. Tapi entah macam mana last minute berubah fikiran. Tak mahu perisa horlick/nestum anymore tapi nakkan perisa yang something different. Baru teringat saya pernah ternampak popia yang sama rupa seperti popia nestum dalam majalah RASA keluaran tahun lepas. Sama tapi tak serupa kerana popia ini bersalutkan kacang tanah.
Saya buat 2 pek @ 80 keping..... jadi bahan saya gandakan 4..... dapat dalam dua balang (balang untuk 200pcs coklat cadbury dairy milk tuu..). Timbangan kacang tanah dan gula aising tu sebenarnya boleh adjust ikut citarasa sendiri. Saya pun lebihkan sikit kacang daripada resepi asal di bawah serta blendkan gula kastor sebagai ganti gula aising yang dah kehabisan. Ikut info majalah, salutkan ketika masih suam tapi sebab tika itu saya terleka tengok celoteh Sheila Rusly dalam rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan..... popia tu dah sejuk.....mungkin sebab itu kacang kurang lekat. Apa pun still sedap & rangup!
Bila lihatkan kejadian dan rasa popia kacang ni, dapat satu idea. Idea apa itu..... nanti saya cuba realisasikan, ya. Jika berhasil akan saya kongsikan di sini. Jom layaann.....
Resepi POPIA KACANG
by Iza Akma SSK
source ~ Majalah RASA 2012
50 gm kacang tanah ~ sangai, buang kulit & blend halus
60 gm gula aising
1/4 sudu teh garam
1 kuning telur (saya ganti putih telur)
Minyak untuk menggoreng
Potong gulungan kulit popia secara serong. Ulang proses sehingga kulit popia habis. Ketepikan.
Dalam sebuah bekas, satukan kisaran kacang tanah, garam dan gula aising. Gaul rata. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng kulit popia yang telah dipotong tadi hingga kekuningan.
Angkat dan toskan. Lumurkan gorengan kulit popia ke dalam kacang tanah. Ulang proses hingga semua kulit popia disaluti.
Sedia untuk dinikmati.
Info RASA :
Lumurkan kulit popia sementara ia masih panas supaya kisaran kacang tanah mudah melekat padanya.
by Iza Akma SSK
source ~ Majalah RASA 2012
Bahan-Bahan :
20 helai kulit popia50 gm kacang tanah ~ sangai, buang kulit & blend halus
60 gm gula aising
1/4 sudu teh garam
1 kuning telur (saya ganti putih telur)
Minyak untuk menggoreng
Caranya :
Ambil sehelai kulit popia dan gulung dengan kemas. 'Gam' menggunakan putih telur. Potong gulungan kulit popia secara serong. Ulang proses sehingga kulit popia habis. Ketepikan.
Dalam sebuah bekas, satukan kisaran kacang tanah, garam dan gula aising. Gaul rata. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng kulit popia yang telah dipotong tadi hingga kekuningan.
Angkat dan toskan. Lumurkan gorengan kulit popia ke dalam kacang tanah. Ulang proses hingga semua kulit popia disaluti.
Sedia untuk dinikmati.
Info RASA :
Lumurkan kulit popia sementara ia masih panas supaya kisaran kacang tanah mudah melekat padanya.
2 comments:
sy ada buat jg kak ms raya ni..tp kurangkn sedikit gula.. kacang tu kasi hangus..sedap plus wangi hehehe
@Khai♥Rin : anies
Kebetulan sama pulak pilihan kita tuk raya ni kan anies. Betul kata anies, gula kena kurangkan... folo resepi manis... manis2 tak sedap. Sekurang2nya ada rakan yg turut sama kata popia ini sedap... Thanks anies.
Post a Comment