GULAI BEREMPAH KUNYIT LENGKUAS IKAN
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Allah datangkan mereka yang pernah mengaibkan kita, memfitnah kita, mengumpat kita, mencemuh kita dengan kata-kata yang kesat, menyakitkan hati, menyamar baik, membuang kita dan akhirnya muncul mahu menyambung kembali tali silaturrahim.
Kita jadi musykil adakah datangnya mereka itu benar-benar ikhlas atau ada udang di sebalik batu. Lalu fikiran diterjah dengan kata hati bahawa inilah saatnya. Saat yang memberi kita peluang untuk membalas atas semua perbuatan mereka menyakiti kita. Di kira itulah masa yang sesuai untuk memulangkan semula paku buah keras yang telah dilontarkan pada kita sebelum ini. Namun tidak mampu dilakukan bila mendengar perkataan maaf berkali-kali diucapkan. Oleh kerana kita ikhlas dan menganggap kemunculan mereka juga adalah ikhlas maka dilupakan segala sengketa lama. Maka bertautlah kembali hati-hati yang pernah renggang sebelum itu dalam ukhwah persaudaraan nan indah.
Itu tandanya Allah masih pedulikan kita, sayangkan kita dan Allah sedang menguji tahap keimanan kita. Perkara yang terbaik harus kita lakukan adalah dengan bersabar, redha, sedia memaafkan dan berdoa pada Allah. Hanya Dia Yang Tahu apa jua yang terbaik dalam aturan-Nya untuk kita. Janganlah mengeluh sebaliknya terima dengan hati penuh syukur.
"Sometimes crying is the only way your eyes speak...
when your mouth can't explain how broken your heart is.
Crying does not mean that the person is weak...
It's because they've been strong for too long.
when your mouth can't explain how broken your heart is.
Crying does not mean that the person is weak...
It's because they've been strong for too long.
When people hurt you over and over,
think of them as sandpaper.
think of them as sandpaper.
They scratch and hurt you.
But later, you'll be shining and polished,
while they end up useless.
But later, you'll be shining and polished,
while they end up useless.
Maka diam lebih baik.
Diam menahan sabar sambil mengumpul kekuatan.
Diam menahan sabar sambil mengumpul kekuatan.
Biar kawan lupa kita, jangan kita lupakan kawan....."
Maaf semua ya..... agak emo sedikit pagi ini. Tapi itulah yang dinamakan lumrah kehidupan yang mana setiap insan di muka bumi ini pasti akan mengalaminya. Pengalaman itu mematangkan kita dalam membuat penilaian.
Sekarang jom beralih ke cerita resipi pula yer. Biasalah blog ni kan ke blog masak-masak so inti patinya lebih menjurus kepada masakan. Ini semalam punya cerita. Ingat nak masak menu ikan tenggiri so keluarkan lah dari fridge. Tapi no idea nak masak apa. Tunggu punya tunggu idea tak jugak datang..... masa berjalan. Asyik masak yang sama aje jemulah. So blogwalking dari satu blog ke satu blog kot-kot jumpa resipi yang boleh disesuaikan dengan bahan yang ada di dapur.
Akhirnya singgah blog Kak Liza yang gerenti memang semua kenal lah. Baca bahannya..... okay semua ada, hanya satu dua bahan takde..... kecik punya hal sebab boleh adjust later..... tengok pula caranya, emmm..... simple and easy. Nampak macam lauk nasi dagang pun ada. Okay set..... try resipi ni lah..... mana tau sesuai dengan citarasa ku.
Cara saya masak :
- Ikan tenggiri ada 3 keping besar, so saya buh semua (tak taulah beratnya berapa, tak timbang pun)
- Saya pun macam kliza guna rempah gulai cap bunga rose. Saya masukkan anggaran 3 sudu makan penuh (tak rajin nak timbang)
- Saya guna santan fresh, beli kat pasar sebungkus RM2 (terlupa pulak nak sukat berapa cawan)
- Belimbing buluh takde, buah belimbing@starfruit pun takde. So saya gantikan dengan sebiji buah tomato, nak bagi extra masam selain masam asam gelugor
- Ingatkan ada cili api. Cari punya cari tak jumpa..... baru teringat lupa nak beli weekend haritu. Sudahnya saya gantikan dengan 3 sudu makan cili kisar. (Tapi kalau suka lebih pedas better guna cili api)
- Agak pekat, saya tambahkan sedikit air tapi jangan banyak sangat air nanti cair tak sedap. Gulai ni lebih sedap jika pekat dan terasa asamnya.
- Saya renehkan agak lama iaitu masak dengan api kecil pada step last supaya semua rasa di dalamnya mesra dan masakan akan jadi lebih cantik berkilat. Sebab itu saya tambahkan air ikut keperluan.
❀♡❀♡ Hasilnya yess..... memang secocok dengan selera dan citarasa saya sekeluarga.
Thanks KLiza.
GULAI BEREMPAH KUNYIT LENGKUAS IKAN
by Iza Akma SSK
source rcp ~ Hanieliza@Kak Liza
1 paket (35g) rempah gulai cap bunga rose
2 cawan santan
1 batang timun (dibuangkan tengah dan potong kecil)
3 keping asam gelugor
10-15 biji belimbing buluh
5 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa
10 biji cili api
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2. Masukkan santan dan masakkan sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, asam gelugor, timun dan garam. Biarkan mendidih lagi dan agak pekat.
4. Masukkan belimbing buluh dan tutup api.
5. Sedia untuk dihidangkan.
TIP
Boleh tambahkan kacang panjang jika suka.
by Iza Akma SSK
source rcp ~ Hanieliza@Kak Liza
Bahan A :
500 gram ikan tenggiri1 paket (35g) rempah gulai cap bunga rose
2 cawan santan
1 batang timun (dibuangkan tengah dan potong kecil)
3 keping asam gelugor
10-15 biji belimbing buluh
5 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa
Bahan B (Dikisar):
5 biji cili merah10 biji cili api
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Caranya :
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan kisar dan rempah gulai sehingga naik/pecah minyak.2. Masukkan santan dan masakkan sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, asam gelugor, timun dan garam. Biarkan mendidih lagi dan agak pekat.
4. Masukkan belimbing buluh dan tutup api.
5. Sedia untuk dihidangkan.
TIP
Boleh tambahkan kacang panjang jika suka.
2 comments:
sedapnyerr...
Semoga Allah memberikan kita kekuatan iman dalam menghadapi segala ujian di mukabumi ini... SEdapnya lauk... lapar tau!
Post a Comment