PUDING LAPIS LAICI
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
12 Ramadhan 1435 H.
Peluang doa dimakbulkan di bulan Ramadhan amat luas. Waktu-waktu mustajab (saat doa dimakbulkan Allah) terdapat dalam beberapa situasi, khusus sepanjang Ramadhan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : " Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak. Pertama, orang yang berpuasa hingga ia berbuka. Kedua, imam yang adil dan ketiga, doa orang yang dizalimi." (riwayat Tirmizi)
Doa orang berpuasa mustajab, didengar, tidak ditolak Allah SWT, bahkan dimakbulkan..... In shaa Allah. Justeru, ini bererti selama sebulan berpuasa peluang doanya dimakbulkan Allah SWT sangatlah luas. Lebih-lebih lagi saat menjelang berbuka puasa ketika menanti tibanya azan Maghrib, digalakkan memanfaatkan waktu tersebut dengan banyak berdoa. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : " Sesungguhnya orang yang berpuasa memiliki doa yang tidak tertolak pada saat berbuka." (riwayat Ibnu Majah)
Hidup manusia di dunia adalah penggantian antara susah dan senang. Maka selama sebulan Ramadhan, hendaklah kita membaca yang Nabi SAW biasa membaca ketika menghadapi keadaan susah mahupun menerima kurniaan. Nabi SAW melazimkan kalimah istighfar sebagaimana maksud hadis berikut : " Barang siapa yang tetap melakukan istighfar, maka Allah SWT akan membebaskannya daripada segala kesusahan dan melapangkannya daripada setiap kesempitan serta akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak diduganya." (riwayat Abu Daud)
Sedangkan ketika menerima kurniaan atau nikmat, Nabi SAW menganjurkan kita agar membaca sebagaimana maksud hadis berikut : " Setiap orang yang diberi kurnia Allah SWT lalu ia membaca Alhamdulillah maka Allah SWT akan memberikan yang lebih utama daripada apa yang telah ia terima." (riwayat Ibnu Majah)
Ikut rupa asal puding ni dalam majalah hanya ada dua lapisan, lapisan laici dan lapisan merah. Tapi saya modified sikit dengan memberi pelbagai warna pada lapisan puding. Manakala laici pula saya gantikan dengan rambutan. Walau begitu nama asal Puding Lapis Laici masih saya kekalkan..... kes malas nak fikir memikir nama baru, heheh.
Panas jugak cuaca kat ampang petang nih, ingatkan hujan sebab pagi tadi punyalah mendung macam nak hujan lebat. Panas ke hujan, alhamdulillah syukur kerana kita semua masih dapat menjalani ibadah puasa dalam keadaan negara aman sejahtera.
PUDING LAPIS LAICI
by IzaAkma SSK
source rcp ~ Pn. Norzailina Nordin
2 sudu makan tepung jagung
1 1/2 sudu makan serbuk agar-agar
120 gm gula pasir
200 ml susu cair
30 gm serbuk badam
Pewarna ikut pilihan
1 sudu makan serbuk agar-agar
200 gm laici
Bila adunan pekat, ketepikan dari api. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan. Tuangkan paras 1/3 loyang yang sudah dibasahkan secara berselang seli warna. Biarkan bakinya di tempat panas.
Sementara itu, untuk bahan B, kisar sirap dengan laici. Masak semua bahan di atas api sederhana.
Bila mendidih, tuangkan ke atas lapisan A yang hampir keras tadi. Jika perlu cakar-cakarkan lapisan A dengan garfu sebelum dituangkan lapisan B. Biar lapisan separuh keras sebelum dituangkan dengan baki A juga secara berselang warna.
Bila puding keras, simpan di dalam petisejuk.
by IzaAkma SSK
source rcp ~ Pn. Norzailina Nordin
Bahan A :
550 ml air2 sudu makan tepung jagung
1 1/2 sudu makan serbuk agar-agar
120 gm gula pasir
200 ml susu cair
30 gm serbuk badam
Pewarna ikut pilihan
Bahan B :
350 gm sirap (dari tin laici)1 sudu makan serbuk agar-agar
200 gm laici
Caranya :
Larutkan tepung jagung dengan sedikit air, masak dengan semua bahan A yang lain.Bila adunan pekat, ketepikan dari api. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan. Tuangkan paras 1/3 loyang yang sudah dibasahkan secara berselang seli warna. Biarkan bakinya di tempat panas.
Sementara itu, untuk bahan B, kisar sirap dengan laici. Masak semua bahan di atas api sederhana.
Bila mendidih, tuangkan ke atas lapisan A yang hampir keras tadi. Jika perlu cakar-cakarkan lapisan A dengan garfu sebelum dituangkan lapisan B. Biar lapisan separuh keras sebelum dituangkan dengan baki A juga secara berselang warna.
Bila puding keras, simpan di dalam petisejuk.
2 comments:
as salam iza, sedapnya puding tu berwarna warni mcm sayang je nak makan
cantiknya pudding ni
Post a Comment