SAMBAL TUMIS TERUNG PIPIT & TEMPE
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Ada yang mendakwa, makan tempe boleh awet muda. Betul ka?
Dan semestinya awet muda berkait rapat dengan kolagen.
Kolagen menjadikan kulit lebih lembut dan anjal. Masa kecil kandungan kolagen dalam badan tinggi, sebab itu kanak-kanak mempunyai rambut yang cantik bersinar dan kulit yang halus mulus gebu. Semakin berusia, kandungan kolagen dalam badan berkurangan, maka mulalah muncul kedutan pada kulit, garisan di sekeliling mata dan mulut, leher juga mengendur.
Bila umur makin meningkat, kulit tidak lagi anjal, kedutan juga makin ketara. Maka ramai yang memilih jalan pintas membeli pelbagai produk kecantikan untuk menegangkan apa yang kendur. Kebanyakan produk ini dikatakan mengandungi kolagen dan elastin. Namun, adakah ia berkesan atau semakin memudaratkan?
Jika dengan krim tak berkesan, adakah cara lain untuk merangsang sel kulit dan menambahkan penghasilan kolagen? Pasti ada, salah satunya melalui pemakanan.
Antara makanan yang membantu penghasilan kolagen adalah :
- Sayuran / Ubi / Buahan Berwarna Merah
- Sayuran / Ubi / Buahan Berwarna Oren
- Sayuran Berdaun Hijau
- Buahan Citrus
- Minyak zaitun (extra virgin olive oil)
- Bawang bombay
- Ikan Omega3
- Bawang Putih
- Avokado
- Rumpai Laut
- Soya - samada dalam bentuk air, tempe atau tauhu mengandungi genistin, hormon tumbuhan yang bertindak sebagai antioksidan yang membantu penghasilan kolagen dan menghalang enzim yang merosakkan kulit. Wanita di usia akhir 30an dan 40an, digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan isoflavon soya seperti tempe kerana ia mampu melawan serangan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan. Tempe juga mengandungi vitamin B1(thiamin), B2 (ribofl avin), niasin, vitamin B6 (piridioksin) dan vitamin B12 yang meningkat 33 kali ganda selama proses fermentasi. Jadi, amalkanlah untuk lebih awet muda.
Selain meremajakan kulit, hasil kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati tempe jika diambil pada kadar 130 miligram (empat keping) memberi khasiat kalsium setanding segelas susu.
Manfaat Lain Tempe Bagi Kesihatan Tubuh
- Sumber Protein
- Sumber Vitamin B, penting untuk proses metabolisme sel darah merah tubuh, meningkatkan perbaikan fungsi sistem kekebalan tubuh dan saraf, hormon pertumbuhan, mencegah anemia dan kanser pankreas.
- Mengurangi risiko serangan jantung
- Mampu menyembuhkan cirit-birit
- Menurunkan tekanan darah
- Merupakan salah satu sumber makanan antikanser.
- Mampu mencegah osteoporosis.
- Kaya serat yang mampu melancarkan pencernaan.
- Mampu mencegah hipertensi.
- Mengatasi keracunan
Terung pipit juga dikenali sebagai terung rembang, sejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian 1.5m. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih.
Terung pipit mengandungi protein, lemak, karbohidrat serta banyak kandungan fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin. Steroid amat penting dalam bidang perubatan, terutamanya untuk menghasilkan pil perancang keluarga.
Selain itu akar terung pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.
(sumber info: khasiatherba.com)
Siapa-siapa yang gemar tempe tak semestinya dia orang jawa kan. Macam saya bukan orang jawa pun, orang Perak tapi dah memang sejak zaman kanak-kanak lagi feberet tempe. Kekadang tu saya hiris nipis tempe, goreng dan buat kudapan. Makan tu ja pun dah boleh kenyang sebab tempe kaya serat. Untuk menu ni, saya gandingkan tempe bersama terung pipit. Buat ratah pun sedap, makan dengan nasi hangat lagi la sedapp!!
SAMBAL TUMIS TERUNG PIPIT & TEMPE
by IzaAkma SSK
Tumis hirisan bawang. Setelah sedikit layu, masukkan bahan yang dikisar halus hingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan teruskan menumis sehingga pecah minyak. (kebiasaan iza akan masukkan gula & garam pada step ini supaya lebih serata dan gula akan caramelised bersama sambal. Cara ini juga akan mengelakkan cili yang ditumis daripada cepat hangus).
Masukkan pula ikan bilis yang ditumbuk kasar. Tumis lagi hingga sedikit garing.
Masukkan air asam jawa, santan dan terung pipit.
Bila terung dah lembut, masukkan tempe dan kacau rata. Rasakan garam & gula. Biarkan seketika supaya tempe bergaul rata bersama sambal. Angkat. Kepekatan sambal ikut suka.
by IzaAkma SSK
Bahan-Bahan :
1 | labu | Bawang besar (1/2 dikisar & 1/2 dihiris tebal) |
3 | ulas | Bawang putih ~ dikisar |
1 | inci | Belacan ~ dikisar |
5 | sudu makan | Cili kisar |
Segenggam | Ikan bilis ~ ditumbuk kasar | |
1 | cawan | Air asam jawa |
1/4 | cawan | Santan pekat |
1/2 | cawan | Terung pipit |
1 | peket | Tempe ~ dipotong ikut suka |
1/2 | cawan | Minyak masak |
Garam & Gula secukup rasa |
Caranya :
Goreng tempe tapi jangan terlalu garing. Ketepikan.Tumis hirisan bawang. Setelah sedikit layu, masukkan bahan yang dikisar halus hingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan teruskan menumis sehingga pecah minyak. (kebiasaan iza akan masukkan gula & garam pada step ini supaya lebih serata dan gula akan caramelised bersama sambal. Cara ini juga akan mengelakkan cili yang ditumis daripada cepat hangus).
Masukkan pula ikan bilis yang ditumbuk kasar. Tumis lagi hingga sedikit garing.
Masukkan air asam jawa, santan dan terung pipit.
Bila terung dah lembut, masukkan tempe dan kacau rata. Rasakan garam & gula. Biarkan seketika supaya tempe bergaul rata bersama sambal. Angkat. Kepekatan sambal ikut suka.
1 comment:
asssalamualaikum kak...keduanya item kegemaran saya..disambalkan,mmg sedap
Post a Comment