AYAM MASAK MADU
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Lama betul simpan hajat nak merasa masakan ayam madu ni...
Asyik tertangguh sebab tengok bahan guna buah kurma.
Tapi akhirnya dapat juga merasa... masak kat kampung empat bulan lepas.
Masa tu mak ayah balik dari umrah... banyak bawa buah kurma dan kismis.
Dah nampak kurma dengan kismis banyak depan mata, teringatkan resipi ni yang lama dok tunggu untuk dilunas.
Ayam Madu ni sedap... ada rasa manis dengan rasa rempah-rempah sikit.
Cuma agak manis pada saya kerana penggunaan kurma yang agak banyak.
Mungkin sebab rasa manisnya tu kut maka masakan ni dinamakan Ayam Masak Madu.
::Untuk rujukan saya akan datang::
- kurangkan kurma
- kismis tak perlu kurangkan sebab memang nakkan rasa masam manis kismis
- ataupun jika nak kurangkan kismis, kurangkan sedikit saja
- gula ikut keperluan

by IzaAkma SSK
source : Mamak Haji
❀ Bersihkan ketulan ayam, tambahkan kunyit dengan sedikit garam dan goreng. Gorengan tidak perlu garing sangat.
❀ Panaskan kuali dan masukkan 3 sdb minyak. Goreng buah gajus dan kismis dengan api yang sederhana. Angkat dan toskan.
❀ Tambahkan 1 sdb minyak lagi dan masukkan buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. Apabila dah wangi masukkan hirisan bawang bersama daun pandan. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum, masukkan pula bahan kisar bawang+halia+bawang putih
❀ Masukkan serbuk cili, serbuk jintan putih dan manis, serbuk kayu manis. Kacau rata campuran ini. Apabila campuran ini keluarkan sekali lagi bau yang harum, masukkan kisaran buah kurma dan gula pasir. Biarkan campuran ini masak seketika dan perlu tentukan likatan yang diperlukan. Sekiranya terlalu likat bolehlah campurkan sedikit air. Kuah ini perlu mendidih sekiranya air dimasukkan. Masukkan garam secukup rasa.
❀ Masukkan ayam yang telah dogoreng. Kacau rata supaya kuah berempah ini dapat serap ke dalam isi ayam. Kecikan api dapur, masukkan gajus dan kismis yang telah digoreng. Kacau serata.
❀ Angkat dan hidangkan. Curahkan sedikit madu ke atas hidangan (jika suka). Taburkan bawang goreng dan daun pudina (kalau tak ada pudina taburkan dengan cili merah)
source : Mamak Haji
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor Ayam (1.6kg-1.8kg dipotong 10, bersihkan dan sedia untuk digoreng)
- 250 gm Buah Kurma (buang biji dan kisar dengan sedikit air)
- 100 gm Buah Kismis
- 50 gm Buah Gajus
- 2 sdb Gula Pasir
- 1 sdb Serbuk Cili
- 1 sdb Serbuk Jintan Putih
- 1 sdb Serbuk Jintan Manis
- 1/2 sdk Serbuk Kayu Manis (atau tumbukkan kayu manis dan kisar kering)
- 5-7 biji Buah Pelaga*
- 5 kuntum Cengkih*
- 5 kuntum Bunga Lawang*(*untuk ditumis)
- 1 helai Daun Pandan
- 2 inci Halia + 2 biji Bawang Besar + 5-7 ulas Bawang Putih ~ dikisar halus
- Sedikit Bawang Goreng dan Daun Pudina untuk taburkan di atas hidangan
- 1 labu Bawang Besar (dihiris)
- Minyak masak untuk menumis
- Garam secukup rasa
- 2 sdb Jus Limau Nipis/Lemon
CARA PENYEDIAANNYA :
❀ Bersihkan ketulan ayam, tambahkan kunyit dengan sedikit garam dan goreng. Gorengan tidak perlu garing sangat.
❀ Panaskan kuali dan masukkan 3 sdb minyak. Goreng buah gajus dan kismis dengan api yang sederhana. Angkat dan toskan.
❀ Tambahkan 1 sdb minyak lagi dan masukkan buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. Apabila dah wangi masukkan hirisan bawang bersama daun pandan. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum, masukkan pula bahan kisar bawang+halia+bawang putih
❀ Masukkan serbuk cili, serbuk jintan putih dan manis, serbuk kayu manis. Kacau rata campuran ini. Apabila campuran ini keluarkan sekali lagi bau yang harum, masukkan kisaran buah kurma dan gula pasir. Biarkan campuran ini masak seketika dan perlu tentukan likatan yang diperlukan. Sekiranya terlalu likat bolehlah campurkan sedikit air. Kuah ini perlu mendidih sekiranya air dimasukkan. Masukkan garam secukup rasa.
❀ Masukkan ayam yang telah dogoreng. Kacau rata supaya kuah berempah ini dapat serap ke dalam isi ayam. Kecikan api dapur, masukkan gajus dan kismis yang telah digoreng. Kacau serata.
❀ Angkat dan hidangkan. Curahkan sedikit madu ke atas hidangan (jika suka). Taburkan bawang goreng dan daun pudina (kalau tak ada pudina taburkan dengan cili merah)
No comments:
Post a Comment