BROWNIES COKLAT
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Terasa nak membaking...
Dalam fridge ada sebungkus coklat chips. Buka kitab resipi, cari apa boleh dibuat. Nak yang simple... cepat dimasak sedap dimakan. Cari dan cari bertemu satu resipi brownies tulisan tangan yang saya salin daripada satu group masak-masak Fb sikit masa dulu. Kertas masih bersih... tiada langsung contengan, tiada juga catatan 'done'. Bermakna belum pernah cuba kerana setiap resipi yang dah dicuba saya akan catat sebagai done selain some notes.
Misi diteruskan. Lagipun lama juga tak menyantap brownies. Then intai fridge lagi kot ada bahan lain yang boleh dimasukkan sekali. Terselit cheddar cheese slice yang tinggal tak seberapa. Saya fikir nak campurkan saja cheese ke dalam adunan. Operasi bermula... ubahsuai sikit mengikut kesesuaian bahan yang ada.
Di bawah disertakan resipi asal, manakala olahan saya dalam 'My Note'. Rupa paras brownies ni tidaklah serupawan mana... tak make-up apa pun... fresh from oven. Jadi ler untuk santapan santai di petang hari.
::My Note::
- cooking chocolate ganti dgn coklat chips
- gula.. 100 gm gula kastor + 100 gm gula perang (campur gula perang kerana coklat chips dah manis)
- koko powder ganti dengan chocolate powder
- telur gred (B)
- esen vanila.. 1 tsp
- tambah 3 keping cheddar slice, double boil bersama coklat chips+butter
- kekacang.. abaikan
BROWNIES COKLAT
by IzaAkma SSK
BAHAN A :
- 200 gm Butter
- 400 gm Cooking Chocolate
BAHAN B :
- 5 biji Telur
- 300 gm Gula Kastor
- Sedikit Esen Vanila
BAHAN C :
- 100 gm Tepung Gandum
- 50 gm Serbuk Koko
- 100-150 gm Kekacang (opt)
CARA PENYEDIAANNYA :
❀ Double boil (A). Ketepikan.❀ Mixer (B) hingga kembang.
❀ Tuang (A) ke dalam (B). Sebatikan.
❀ Masuk (C), kaupbalik hingga rata tapi jangan terlebih gaul.
❀ Tuang dalam loyang 10 x 10 inci. Bakar 40 minit.
No comments:
Post a Comment