CREAMY BUTTER CHICKEN
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Menu femes yang selalu ada di restoran cina muslim.
Ayam Butter yang lemak berkrim dengan rasa kari sikit. Kalau suka lagi pedas tambah cili padi... suka lebih kuah tambah susu. Tapi selepas tambah itu ini jangan lupa sesuaikan rasanya.
Dalam gambar nampak kuah macam banyak kan. Sebenarnya tak. Gambar dishoot sejurus selepas masak. Waktu tengah panas nampak macam banjir tapi lepas seketika dah suam-suam sendirinya kuah akan memekat kerana gorengan ayam menggunakan tepung jagung dan kuahnya pula tiada campuran air... hanya susu cair semata.
Enak disaji ketika masih hangat bersama nasi putih panas.
CREAMY BUTTER CHICKEN
by IzaAkma SSKBAHAN PERAPAN AYAM :
- 250 gm Ayam (bahagian isi, potong kecil)
- 1 sdt Garam
- 1/2 sdt Gula
- 1 sdt Serbuk Kari Ayam
- 1 sdb Tepung Jagung
- 1 biji Telur
BAHAN TUMIS :
- 2 sdb Butter
- 2 biji Cili Padi (jika mahu pedas lebihkan)
- 1-2 tangkai Daun Kari
- 1/2 cwn Susu Cair
- Secubit Pati Ayam
- Garam, Gula & Lada Sulah secukup rasa
CARA PENYEDIAANNYA :
❀ Gaul ayam dengan bahan perapan dan perap sekurang-kurang 1 jam.❀ Goreng ayam hingga masak, ketepikan
❀ Panaskan kuali, cairkan butter
❀ Tumis cili padi dan daun kari hingga naik bau
❀ Masukkan susu cair diikuti bahan-bahan lain
❀ Masak sehingga kuah agak memekat dan sesuaikan rasa
❀ Tuang atas ayam yang digoreng tadi atau gaul terus ayam ke dalam kuah hingga rata
❀ Hidang segera ketika masih panas
No comments:
Post a Comment