SOS CILI CHEF WAN
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Terjumpa balik resipi sos cili ni masa tengah geledah satu persatu folder dalam lappy. Tak ingat masa bila save tapi rasanya dah lama juga sampai terlupa. Macam tu la selalunya, pas save save... simpan dah tu lupa. Dah terlanjur jumpa terus usahakan, tak mau lengah-lengah. Kebetulan masa tu memang dah plan nak buat cucur bilis viral. Emmm... cantik sangat timing. Boleh juga sos dengan cucur teman berteman.
Lepas masak sampai pekat, rupanya sama sangat macam sos cili thai yang selalu kita duk beli dalam botol tu. Tak makan dengan cucur boleh je guna untuk masak sweet sour ke... masak padprik ke... atau apa apa masakan thai yang guna sos cili. Usahkan thai, goreng mee atau mihun pun boleh guna sos homemade ni. At least ada kegunaannya untuk lain, tak lah membazir kan.
Bila dah siap masak banyak juga dapatnya. Saya suka sangat rasa sos cili thai ni. Rasa dia dah hampir hampir menyamai sos cili hat jual. Kalau lah tahu sedap, lama dah buat... tak ada nyer biarkan lelama simpan dalam lappy. Pasni kena selongkar balik segala khazanah dalam lappy... mana tau jumpa lagi yang sedap sedap.
Suram je hari ni. Sang suria seakan hilang ceria dari pagi sampai petang. Shooting sehari dua ni banyak tergendala... cahaya tak cukup. Ok lah waktu pun dah menginjak lewat petang, nak uruskan kerja lain pula. Undur diri dulu, Adios...
SOS CILI CHEF WAN
by IzaAkma SSKBAHAN-BAHAN :
- 8 biji Cili Merah, kisar halus
- 2 ulas Bawang Putih, tumbuk halus (iza guna 1 tsp pes bawang putih)
- 1 cawan Gula Halus (sebab iza guna campuran gula pasir dgn gula perang sikit jadi mulakan dengan 1/2 cwn dulu, takut termanis... pas rasa baru tambah lagi sampai dapat manis yang diingini)
- 1/4 cwn Air
- 1/4 cwn Cuka
- 4 sdb Sos Nampla
- 4 sdb Kacang Tumbuk
CARA PENYEDIAANNYA :
❀ Masak semua bahan kecuali kacang tumbuk sampai pekat umpama memasak sirap gula (iza masukkan juga setangkai dua daun ketumbar yang kecil dengan batangnya sekali + 1 akar dan masakkan sekali bersama sos)❀ Sebelum hidang taburkan kacang (kacang tanah tumbuk tak ada jadi iza tabur hirisan daun ketumbar)
Sos yang dah sejuk boleh masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Oleh kerana sos telah dimasak lama dan ada cuka di dalam maka ia dapat disimpan lama sebab cuka dalam sos juga berperanan sebagai pengawet. Namun jangkamasa lama itu tidaklah selama macam sos cili komersial yang dijual di pasaran.
No comments:
Post a Comment