KUIH LAPIS PELANGI KASIH RAMADAN
Sekejap masa berlalu. Hari ni dah sampai ke penghujung bulan Syaaban bagi tahun 1439H. InsyaAllah selepas mahgrib nanti akan menyapa tiba Ramadan... bulan yang kunjungannya dinanti-nanti dan dirindu setelah setahun menghilang. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan...
Memandangkan esok mula puasa jadi hari ni rajinkan diri menalam. Dah puasa nanti kalau tak kebizian ada la talam menalam... kalau tak buat yang lain. Diberi nama Kuih Lapis Pelangi Kasih Ramadan sempena tibanya Ramadan. Asalnya Kuih Lapis Coklat Pandan Kak Wan @ Citarasawan. Tapi saya beri sentuhan warna warna pelangi menggambarkan keceriaan menanti hari esok.
Saya buat sikit jer... half daripada resipi di bawah. Layer nampak tebal sikit sebab buat satu layer satu warna. Kalau nak lapisan cantik dan halus disarankan buat satu resipi. Jadi setiap warna boleh buat dua atau tiga lapis sebelum dilapis dengan warna lain.
Kat luar cuaca tak berapa elok dari pagi , mendung dan hujan. Jadinya ada kerja yang sepatut diusahakan hari ni tertangguh. Tak apa lah nak buat camna kan hujan pun rezeki. Sementara kerja itu tak dapat diteruskan... kita layan dulu kuih lapis kaler maler seceria pelangi yang sedap nih. Cumanya hari ni takde pelangi...
BAHAN A :
❀ Masak Bahan (B) hingga mendidih , tuang ke dalam (A)
❀ Kacau dengan cepat hingga rata dan tapis
❀ Bahagikan kepada 6 bahagian dan warnakan setiap bahagian mengikut warna pelangi
❀ Sediakan loyang 8 x 8 inci , alas plastik dan gris sedikit minyak
❀ Setelah kukusan mendidih , kukus 1 bahagian warna selama 5 minit
❀ Diikuti bahagian-bahagian warna yang lain yang mana setiap lapisan dikukus selama 5 minit
❀ Untuk lapisan terakhir tutup dengan foil dan kukus selama 25 minit

by House of SSKBAHAN A :
- 270 gm Tepung Beras
- 200 gm Tepung Ubi
- 30 gm Tepung Jagung
- 1/2 sdt Garam
- 400 ml Santan Kotak
- 250 ml Air
BAHAN B:
- 300 gm Gula Pasir
- 500 ml Air
- 4 helai Daun Pandan
BAHAN C:
- Pewarna - Ungu , Biru , Hijau , Kuning , Oren , Merah
CARA PENYEDIAAN :
❀ Satukan Bahan (A) , kacau rata dan ketepikan❀ Masak Bahan (B) hingga mendidih , tuang ke dalam (A)
❀ Kacau dengan cepat hingga rata dan tapis
❀ Bahagikan kepada 6 bahagian dan warnakan setiap bahagian mengikut warna pelangi
❀ Sediakan loyang 8 x 8 inci , alas plastik dan gris sedikit minyak
❀ Setelah kukusan mendidih , kukus 1 bahagian warna selama 5 minit
❀ Diikuti bahagian-bahagian warna yang lain yang mana setiap lapisan dikukus selama 5 minit
❀ Untuk lapisan terakhir tutup dengan foil dan kukus selama 25 minit
1 comment:
cantik warnanya
Post a Comment