NASI AYAM CLAYPOT
Iftar #6
Sebelum ni takde claypot jadi saya masak dalam rice cooker je. Selepas percubaan pertama menjadi dan terjumpa satu lagi resipi lain yang juga guna claypot barulah cari claypot. Cari kat chow kit je pun... jadi ler buat main masak-masak. Kalau beli semata untuk buat nasi ni je memang tak kot... cukup la rice cooker... nih dah ada resipi lain menunggu kira ok ler.
Ada permintaan nasi claypot untuk berbuka semalam so layankan je... sekaligus perasmian. Banyak juga boleh isi...muat untuk 3 cawan beras. Sebelum ni buat ikut Chef Hassan Hen. Tapi kali ini saya gabungkan resipi Chef Hassan dengan Adnilsam Apat. Hampir sama je dua-dua cuma cara penyediaan ada beza sikit.
BAHAN A :
❀ Gaul ayam dengan semua bahan perapan kecuali air dan minyak. Perap selama 30 minit
❀ Sementara ayam diperap , sediakan untuk cendawan
Sediakan kuali dan panaskan sedikit minyak bijan. Tumis cili kering dan daun bawang hingga naik bau. Masukkan cendawan , kacau sebati. Perasakan dengan sedikit gula dan garam. Angkat dan ketepikan
❀ Nasi
Masukkan air panas yang dibancuh dengan kiub ayam ke dalam claypot. Tutup dan jerangkan sehingga mendidih. Sudah didih masukkan beras. Kecilkan api hingga betul-betul kecil. Tutup claypot dengan penutupnya dan biar hingga nasi 80% masak
❀ Sementara menunggu nasi masak sediakan ayam
Panaskan minyak. Tumis ayam bersama perapan , masukkan air dan biarkan hingga agak pekat dan ayam masak (jangan lupa rasa jika perlu)
❀ Kembali pada nasi tadi
Bila nasi dah 80% masak , gemburkan sedikit menggunakan garfu. Kemudian bubuh ayam dan cendawan yang dimasak tadi atas nasi. Sudukan juga Bahan D secara merata. Taburkan sedikit daun bawang. Tutup semula claypot dan masak dengan api yang kecil sehingga nasi masak 100% dan ayam empuk. Padamkan api
❀ Taburkan sedikit lagi daun bawang dan bawang goreng ke atas nasi. Biarkan 5 minit dan kemudian hidang panas-panas
❀ Kalau nak pedas dan lebih perisa boleh sediakan kicap cair + cili padi potong
CATATAN HoSSK :
# guna cawan penyukat rice cooker untuk masak nasi
# untuk nasi claypot yang sedap disarankan guna beras Jasmine Siam Wangi
# guna air rebusan ayam untuk merebus beras dan menumis ayam... jika tak ada air rebusan ayam , guna kiub ayam yang dibancuh dengan air panas
# banyak mana kiub pati ayam nak guna... ikut citarasa masing-masing
# untuk claypot pertama kali guna , rendamkan ia dalam air biasa selama 8 jam... begitu juga bila setiap kali nak guna kena rendam dulu bagi mengelakkan claypot retak disebabkan haba panas (tips ini diberikan oleh penjual tempat saya beli claypot)

by House of SSKBAHAN A :
- 3 cwn Beras Jasmine Siam Wangi | cuci bersih - rendam 30 min - tos
- 3 cwn Air Panas + kiub Pati Ayam | bancuh
- Sedikit Minyak Bijan
- Periuk Tanah / Claypot
BAHAN B (untuk perapan ayam) :
- 8 potong Ayam
- 1/2 inci Halia *
- 2 ulas Bawang Putih *
- 1/2 kiub Pati Ayam *
- 1 sdt Biji Lada Putih *
- 1 sdt Gula Perang * (* tumbuk )
- 1 sdm Sos Tiram
- 1/4 sdt Chinese 5 Spice
- 2 sdm Minyak Bijan
- 1 sdm Kicap Pekat
- 1 sdm Kicap Cair
- 1 sdt Tepung Jagung
- Sedikit Air
- Sedikit Minyak untuk menumis
BAHAN C (untuk cendawan) :
- 8 kuntum Cendawan Hitam Kering | basuh bersih - rebus hingga lembut - tos - hiris
- 2 tangkai Daun Bawang | potong kecil
- 4 tangkai Cili Kering | cuci - potong-potong
- Sedikit Minyak Bijan untuk tumis
BAHAN D (untuk kicap ~ satukan semua) :
- 1 sdm Kicap Pekat
- 2 sdm Kicap Cair
- 1/2 sdm Sos Tiram
- 1 sdm Minyak Bawang Putih (ambil sekali bawang putih goreng)
BAHAN E (taburan) :
- Daun Bawang
- Bawang Goreng
CARA PENYEDIAAN :
❀ Gaul ayam dengan semua bahan perapan kecuali air dan minyak. Perap selama 30 minit
❀ Sementara ayam diperap , sediakan untuk cendawan
Sediakan kuali dan panaskan sedikit minyak bijan. Tumis cili kering dan daun bawang hingga naik bau. Masukkan cendawan , kacau sebati. Perasakan dengan sedikit gula dan garam. Angkat dan ketepikan
❀ Nasi
Masukkan air panas yang dibancuh dengan kiub ayam ke dalam claypot. Tutup dan jerangkan sehingga mendidih. Sudah didih masukkan beras. Kecilkan api hingga betul-betul kecil. Tutup claypot dengan penutupnya dan biar hingga nasi 80% masak
❀ Sementara menunggu nasi masak sediakan ayam
Panaskan minyak. Tumis ayam bersama perapan , masukkan air dan biarkan hingga agak pekat dan ayam masak (jangan lupa rasa jika perlu)
❀ Kembali pada nasi tadi
Bila nasi dah 80% masak , gemburkan sedikit menggunakan garfu. Kemudian bubuh ayam dan cendawan yang dimasak tadi atas nasi. Sudukan juga Bahan D secara merata. Taburkan sedikit daun bawang. Tutup semula claypot dan masak dengan api yang kecil sehingga nasi masak 100% dan ayam empuk. Padamkan api
❀ Taburkan sedikit lagi daun bawang dan bawang goreng ke atas nasi. Biarkan 5 minit dan kemudian hidang panas-panas
❀ Kalau nak pedas dan lebih perisa boleh sediakan kicap cair + cili padi potong
CATATAN HoSSK :
# guna cawan penyukat rice cooker untuk masak nasi
# untuk nasi claypot yang sedap disarankan guna beras Jasmine Siam Wangi
# guna air rebusan ayam untuk merebus beras dan menumis ayam... jika tak ada air rebusan ayam , guna kiub ayam yang dibancuh dengan air panas
# banyak mana kiub pati ayam nak guna... ikut citarasa masing-masing
# untuk claypot pertama kali guna , rendamkan ia dalam air biasa selama 8 jam... begitu juga bila setiap kali nak guna kena rendam dulu bagi mengelakkan claypot retak disebabkan haba panas (tips ini diberikan oleh penjual tempat saya beli claypot)
No comments:
Post a Comment