DURIAN BUTTER CAKE
Menyempatkan diri buat Kek Mentega Durian ni semalam. Ada lagi kek durian lain dalam list tapi buat yang ni dulu... yang lain tu esok esok fikirkan.
Sedap kek nih... sambil taip entri sambil dok makan kek. Rasa duriannya lembutt tak kuat sangat dan kek moistt aje. Warna pun cantik kekuningan. Dalam gambar tak nampak sangat kuning kann tapi di luar gambar sebenarnya memang kuning. Tak percaya? Tak percaya boleh cuba dan lihatkan sendiri hasilnya.
DURIAN BUTTER CAKE
by House of SSKsource : Aunty Yochana / Chef Alex Goh
BAHAN A ~ puree durian :
- 120 gm Isi Durian
- 60 gm Susu Cair
- 40 gm Tepung Gandum
BAHAN B :
- 250 gm Butter
- 220 gm Gula Kastor
- 5 biji Telur
- 200 gm Tepung Gandum
- 50 gm Tepung Kastad
- 1/2 tsp Baking Powder
- 1/4 tsp Soda Bikarbonat
- 1/4 tsp Garam
CARA PENYEDIAAN :
Puree Durian :
❀ Isi durian + susu - kisar halus
❀ Campurkan dengan tepung , sebatikan
❀ Ketepikan
Kek :
❀ Tepung gandum + baking powder + soda bikarbonat - ayak
❀ Butter + gula kastor - mixer hingga kembang , putih dan ringan
❀ Masukkan telur sebiji demi sebiji , mixer sebati setiap kali dimasukkan telur
❀ Masukkan puree durian , mixer sebati
❀ Masukkan tepung yang diayak dan tepung kastad , kaupbalik hingga rata dan sebati
❀ Tuangkan adunan dalam tube pan dan bakar pada suhu 175C selama 50 minit
❀ Keluarkan daripada oven dan biarkan sejuk sebelum dipotong

Catatan HoSSK :
# telur... gred (A) @ 300 gm tanpa kulit
# gula kastor... 210 gm (pun dah ok manis)
# garam... mixer bersama butter & gula kastor
# bakar pada suhu 155C api atas bawah (off kipas) selama 35 minit (bergantung pada oven masing-masing)

Super lembut , gebu & halus...
No comments:
Post a Comment