RESUME AGAIN
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
27 Ogos 2019, Selasa
Hampir setahun menyepi. Alhamdulillah... SSK kembali.
SSK cuma hilang daripada blog saja tapi masih meneruskan di Facebook & Instagram. Siapa yang ada follow saya di Fb akan tahu apa yang saya buat selama setahun ini.
Siapa-siapa yang terkebetulan dapat bertemu Fb/Ig saya, anda bijak sebab dua-dua account itu sengaja saya tak war-warkan. Yang buat lagi terkejut ada sebilangan friends Fb yang berjaya jejaki saya di Ig. Saya sendiri tak tahu dari mana mereka dapat tahu... cekap sungguh. Mungkin itulah yang dikata orang lari ceruk mana pun kalau dah jodoh tak kemana kann... hahhaha
Sepanjang berdiam, saya paksa diri dan hati untuk lupakan blog kesayangan ini. Tapi tetap tak mampu. Macam-macam cara buat untuk bagi lupa tetap tak boleh. Mana mungkin boleh. Sinilah kanvas saya berkarya. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain. Memori mengekori langkah. Diusir dibuang namun tak terpadam.
Banyak sejarah tercipta di sini.
SSK dilamar oleh Team Majalah Saji & Majalah Aroma. Impian masuk majalah yang saya simpan sejak mula-mula berblog dulu akhirnya Allah makbulkan.
SSK dipelawa oleh sebuah akhbar untuk demonstrasi masakan.
SSK menerima jemputan sebuah rancangan masakan untuk satu siaran TV.
SSK menerima pelawaan daripada chef-chef hotel, menyumbang 30-40 resipi bagi kegunaan mereka di hotel-hotel. Bila kepercayaan mereka beri maka ia satu penghargaan buat saya dan SSK. Resipi saya telah dipilih sebagai pilihan chef untuk dijadikan menu di salah sebuah hotel 5-star di Penang.
Banyak lagi yang lain yang tak dapat saya tuliskan di sini. Syukur alhamdulillah atas kurniaan rezeki dari-Nya.
Selama tak update blog, banyak email dengan pelbagai komen positif saya terima daripada pengunjung. Ada tu buat saya tersenyum happy. Sedikit sebanyak semua itu telah membuka semula hati walaupun ada sikit terdetik awalnya untuk bersara daripada blogging.
Saya ingat lagi pesanan oleh seorang sahabat Fb, katanya... "tak kiralah mana-mana media sosial pun kita kena kuat tak boleh nak sentap sangat sebab yang rugi kita bukan orang lain."
Biasalah... asam garam alam maya. Usahkan alam maya, alam realiti pun sama malah lagi hebat.
Cukup kalau saya kata hilangnya saya selama ini bukan sebab sentap ke apa tapi pergi untuk 'gali emas'.
Okay sebelum menutup bicara, saya nak ucap terima kasih kepada followers yang kekal setia sebagai follower SSK. Kepada subscribers terima kasih uols. Setinggi penghargaan pada readers & semua pengunjung SSK tak kira daripada mana pun anda, terima kasih. Begitu juga pada yang luangkan masa email dan turunkan komen tqsm. Luv uols !
No comments:
Post a Comment