Daging Dendeng
SEMALAM TERINGIN PULA NAK MAKAN DENDENG...CARI RESEPI...JUMPALAH DGN RESEPI YANG SATU NI. PERNAH MAKAN DENDENG TAPI BELUM PERNAH BUAT LAGI. KEBETULAN BAHAN PUN SENANG DAN SEMUANYA ADA...SAYA PUN TRYLAH RESEPI TU. HASILNYA MEMANG BERBALOI DAN SEDAP SEKALI...TERASA REMPAH-RATUSNYA, CUKUP SEMUA PERASANYA. OLEH KERANA ANAK2 BELUM PERNAH LIHAT MAKNYA MASAKKAN DENDENG, MEREKA KATA...PELIK..TAPI SEDAAAPPP!! MY HUSBAND PUN KATA SEDAPPP. MANA-MANA MASAKAN YG SEDAP TENTU AKAN ADA ULANGANNYA NANTI.
MEH INTAI RESEPI...
DAGING DENDENG
(Sumber: Chef Noraini Sidek)
BAHAN-BAHAN:
600 GM DAGING PEJAL (DIPOTONG BESAR)
1 SUDU MAKAN SERBUK KETUMBAR
1/2 SUDU TEH JINTAN MANIS (SAYA WAT 1 SDT SERBUK JINTAN MANIS)
1/2 SUDU TEH JINTAN PUTIH (SAYA WAT 1 SDT SERBUK JINTAN PUTIH)
1 KEPING ASAM GELUGOR (SAYA GANTI DGN 1/2 CAWAN AIR ASAM JAWA)
2 SUDU MAKAN KICAP MANIS (TAMBAH SENDIRI)
4 BIJI BUAH TOMATO-DICINCANG KASAR (SAYA WAT 3 BIJI JE)
GARAM & GULA SECUKUP RASA
MINYAK UNTUK MENUMIS
BAHAN DIKISAR KASAR:
10 BIJI CILI KERING (TAMBAH SENDIRI)
8 BIJI BILI MERAH
1 BIJI BAWANG BESAR
3 ULAS BAWANG PUTIH
CARANYA:
1. DAGING DIREBUS BERSAMA DGN 3 CAWAN AIR, SERBUK KETUMBAR, JINTAN DAN GARAM HINGGA EMPUK. KELUARKAN DAGING DARI AIR REBUSAN. SEJUKKAN.
2. DAGING DIPOTONG NIPIS DAN DITUMBUK DGN LESUNG BATU SUPAYA ELOK NIPISNYA.(CARA SAYA: REBUS DAGING HINGGA EMPUK-DAGING DIHIRIS NIPIS DAN DITUMBUK-LUMURKAN DAGING DGN SERBUK KETUMBAR, JINTAN MANIS DAN JINTAN PUTIH. PERAPKAN 30 MINIT).
4. PANASKAN MINYAK, GORENG DAGING SEHINGGA GARING. TOSKAN MINYAKNYA.
5. PIJARKAN DUA CAWAN MINYAK, TUMISKAN BAHAN KISAR SEHINGGA PECAH MINYAK DAN NAIK BAU. MASUKKAN TOMATO CINCANG, AIR ASAM JAWA DAN KICAP MANIS.
6. MASUKKAN GARAM DAN GULA SECUKUP RASA. MASAKLAH HINGGA DIDIH DAN PEKAT.
7. MASUKKAN DAGING DAN KACAU RATA. JIKA SUKA DENDENG YG KERING, MASAKLAH HINGGA KERING.
No comments:
Post a Comment