0
Kek Marble

Mana-mana blog saya jalan semua ada tayangan kek marble. Kat sini je yang belum lagi. Untuk itu saya pun try lah resepi nih...dah banyak kali buat...tak pernah sekali pun fail. Resepi ni dah 11 tahun, dapat dari channel tv India...masa tu duk Dhaka setahun ikut suami kerja kat sana. Ketika di sana tv Malaysia langsug tak leh nak tengok tak de coverage...tv international yang lain ade...nak tak nak terpaksa lah tengok tv negara lain...paling seronok tv Itali dan Australia...macam-macam idea dan style masakan yang diorang tunjukkan...seronok betul.
Ok berbalik cerita kek ni, jadi dan naik dengan cantik sekali. Nak bubuh perisa apa pun terpulang pada masing-masing.

KEK MARBLE
Bahan-Bahan:
  • 150 gm tepung gandum (asingkan 10 gm)
  • 150 gm butter
  • 150 gm gula kastor
  • 3 biji telur (A)
  • 10 gm cocoa powder
  • 1 1/2 tsp baking powder
  • Perisa sunkist emulco
Caranya:
1. Seperti biasa, pukul butter dan gula hingga kembang berkrim dan putih.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul lagi hingga adunan kembang.
3. Masukkan tepung ke dalam adunan, kaup balik hingga rata dan sebati.
4. Bahagikan kepada dua bahagian.
  • Bahagian a: Masukkan cocoa powder.
  • Bahagian b: Biarkan plain, tambahkan dengan 10 gm tepung yang diasingkan tadi dan 1/2 tsp perisa sunkist emulco.
    5. Tuangkan ke dalam acuan yang telah dialas dan digris secara berselang-seli hingga habis adunan.
    6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180 C hingga masak.

    0 sweet comments: