0
Rendang Kicap Daging

BIASANYA MASAKAN RENDANG PERLUKAN BAHAN YANG BANYAK DAN MEMAKAN MASA YANG LAMA UNTUK MEMASAKNYA. JADI INI ADA RESEPI RENDANG, KHAS UNTUK SEMUA YANG SENTIASA KESUNTUKAN MASA TAPI INGIN MENIKMATI JUADAH RENDANG DALAM MASA YANG SINGKAT.
SUNGGUH MUDAH...RINGKAS...TAK PERLU BAHAN YANG BANYAK...SERTA TIDAK PERLU MENUNGGU LAMA UNTUK MENYIAPKANNYA. CUMA AMBIL MASA SIKIT NAK BUAT KERISIK...TAPI ZAMAN KINI KERISIK DAH BOLEH BELI YANG SIAP...TAK PERLU NAK MENGGORENG DAN MENUMBUK LAGI...MUDAHKAN...SEMUDAH ABC. SUNGGUHPUN MUDAH...BUT IT IS SO DELICIOUS!!...HINGGA MENJILAT PINGGAN...
...sesuai dimakan bersama nasi minyak, nasi putih, roti mahupun pulut kuning...sedapp...

RENDANG KICAP DAGING

BAHAN-BAHAN:
1/2 KG DAGING (dipotong 10)
2 BATANG SERAI, DITITIK
3 SUDU BESAR KICAP PEKAT/MANIS
1 LITER SANTAN
2 KEPING ASAM KEPING
100 GM KERISIK
GARAM & GULA SECUKUP RASA

BAHAN DIKISAR HALUS:
10 TANGKAI CILI KERING
9 ULAS BAWANG MERAH
3 CM HALIA
4 CM LENGKUAS

CARANYA:
1. REBUS DAGING TERLEBIH DAHULU SEHINGGA EMPUK. KETEPIKAN.
2. TUMIS BAHAN-BAHAN KISAR SEHINGGA NAIK BAU.
3. MASUKKAN DAGING BERSAMA SANTAN, LEBIHAN REBUSAN DAGING, KICAP, SERAI DAN ASAM KEPING.
4. RENEHKAN KUAH RENDANG DI ATAS API YANG SEDERHANA. PERASAKAN DENGAN GARAM & GULA.
5. BILA KUAH HAMPIR KERING, MASUKKAN KERISIK, KACAU. SESIAPA YANG SUKA RENDANG YANG AGAK KERING, MASAKLAH HINGGA KERING.

0 sweet comments: