1
Thai Mango Glutinous Rice

LAST WEEKEND KAMI DINNER KAT KG. BARU. KEBETULAN KAT SITU ADA MACAM-MACAM DESSERT THAI MARI...ANTARANYA PULUT MANGGA YANG FEMES TU. SEBELUM NI SAYA CUMA DENGAR NAMA...BELUM PERNAH RASA...JADI SAYA GUNA PELUANG NI UNTUK MERASAINYA SENDIRI. OHH!!...MACAM NI RASANYA PULUT MANGGA...PATUT LAH RAMAI SUKA...RUPANYA SEEDAPP...
BALIK RUMAH, SEARCH RESEPI KAT INTERNET. BANYAK JUGA LAH DAPAT. TAPI UNTUK PERMULAAN NI SAYA TRY DULU RESEPI CHEF TANIA. YANG LAIN-LAIN TU FOR NEXT TIME PROJECT. KEBETULAN ADA LAGI BEBERAPA BIJI MANGGA YANG TINGGAL ...BUAH TANGAN SUAMI BALIK OUTSTATION DARI DHAKA. KAT SANA BULAN-BULAN BEGINI MUSIM MANGGA. BUAH MANGGA SANA RASANYA LEBIH SEDAP DARIPADA MANGGA SINI...LEBIH MANIS...LEBIH MURAH...
TAK RUGI MENCUBA RESEPI CHEF TANIA NIH...SEDAPP!!...SAYA BUAT HALF RECIPE...INGATKAN ANAK-ANAK TAK MAKAN...SEBAB KAT KEDAI HARI TU MEREKA TAK MAKAN...TAPI YANG SAYA BUAT NI, MAKAN LAH PULAK...MEREKA KATA, '...SEDAP LA MAK...'.
SORRY CHEF TANIA, SAYA UBAH SIKIT PADA CARA MEMBUAT PULUTNYA...OK, JOM LAYAN RESEPI.

THAI MANGO GLUTINOUS RICE @ PULUT MANGGA THAI
BAHAN-BAHAN:
5OO GM BERAS PULUT (direndam 1 jam)
200 GM AIR *
150 GM GULA *
2 SUDU MAKAN MINYAK *
1 SUDU BESAR GARAM *

SATUKAN SEMUA YANG BERTANDA * . KUKUS PULUT DAN SIRAM DENGAN AIR GULA SEBANYAK 2 KALI...HINGGA MASAK.
CARA SAYA:
PULUT SAYA TAK KUKUS, SAYA TANAK JE SEPERTI BIASA HINGGA MASAK (Macam masak nasi tu...tapi sukatan air dan pulut sama / sama paras. Kalau you all nak kukus pun boleh juga...terpulang lah). SEMENTARA PULUT MASAK, GULA, AIR, MINYAK DAN GARAM DI MASAK TERLEBIH DULU UNTUK DIJADIKAN AIR GULA. SELEPAS PULUT MASAK, DENGAN CEPAT MASUKKAN KE DALAM BEKAS. SEMASA PULUT MASIH LAGI PANAS TUANGKAN AIR GULA TADI. KACAU RATA-RATA SUPAYA PULUT DAN AIR GULA ELOK SEBATINYA. KETEPIKAN.

BAHAN SOS / KUAH:
150 GM TEPUNG BERAS
80 GM GULA HALUS
300 GM AIR
250 GM SANTAN PEKAT
2 HELAI DAUN PANDAN DIIKAT
SEDIKIT GARAM

CARANYA:
SATUKAN SEMUA BAHAN INI. MASAK DENGAN API KECIL SEHINGGA MENJADI SOS, JIKA AGAK KENTAL BOLEH TAMBAH SEDIKIT AIR, SOS INI TIDAK BOLEH PEKAT DAN TAK BOLEH CAIR.

HIDANGKAN BERSAMA PULUT DAN MANGGA.


1 sweet comments:

Viva La zuLL said...

Ah . tetiba rase lapar plak.....hehehe

Singgah dari http://ohserius.blogspot.com