2
Kuih Lapis Kacang Hijau

Jika entri terdahulu saya postkan kuih lapis peanut butter kali ini saya nak share pula kuih lapis kacang hijau. Tepung kacang hijau Narayana yang saya gunakan memang asli rasa kacang hijaunya....kalau dicampur ke dalam adunan biskut....sebiji rasa kuih putu kacang....alaa, kuih yang famous kat utara semenanjung tu....kalau u all ke Pekan Rabu atau ke Padang Besar....haaa....kuih putu kacang ni memang banyak dijual di sana....cuma kat KL ni je susah sikit nak jumpa.

Bahan-Bahan:
250 gm gula pasir (manis yang sesuai pada saya)
6 cawan (1200 gm) air
300 gm santan pekat
75 gm tepung kacang hijau
85 gm tepung hoen kwee (putih)
100 gm tepung ubi
150 gm tepung gandum
1/2 tsp garam
3 helai daun pandan
Pewarna hijau dan kuning

Caranya:
  1. Masak 2 cawan (400 gm) air bersama gula, garam dan daun pandan sehingga mendidih. Masukkan santan pekat dan biarkan seketika sahaja, padamkan api.
  2. Tuangkan 4 cawan (800 gm) air lagi ke dalam campuran santan agar ia menjadi suam. Masukkan ke dalam pengisar.
  3. Campur semua jenis tepung dan tuangkan ke dalam pengisar yang berisi santan tadi. Kisar hingga sebati (saya tak blend cuma kacau dengan hand whisk saja...nak cepat).
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu diwarnakan hijau dan satu lagi kuning.
  5. Dengan api kuat, didihkan air kukusan.
  6. Sapu loyang (9") dengan sedikit minyak dan panaskan seketika.
  7. Tuangkan lapisan hijau sebagai lapisan pertama dan kukus selama 3-5 minit.
  8. Setelah lapisan hijau masak, tuangkan pula adunan kuning sebagai lapisan kedua dan kukus lagi 3-5 minit.
  9. Ulangi proses berselan-seli, diakhiri dengan lapisan hijau. Untuk lapisan terakhir setelah 3-5 minit, gunakan api sederhana dan teruskan mengukus sehingga 20 minit lagi.
Sumber: Majalah SAJI




2 sweet comments:

Ummi said...

Salam kenal Akma, thanks sudi share resepi kuih lapis nih...akak pun baru buat...terliur tgk Yatie buat...tp derhaka la guna santan kotak jek..so xdalah nmpak berminyak2 sangat..kureeng berseri sikit la...apapun time kasih sekali lgk..

Iza Akma said...

Salam kenal juga...bila kak ummi kata dah buat, terus sy kedapur kak ummi...sy tengok cantik...tang santan tu takpe guna kotak pun boleh...sy pun guna santan kotak juga utk sume kuih2 talam...senang keje...btw thanks sudi mencuba...